Sesuaikan rutin senaman ketika berpuasa - Utusan Malaysia

Sesuaikan rutin senaman ketika berpuasa

BERBASIKAL adalah senaman yang baik untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENURUT tinjauan pendapat yang dijalankan BMC Public Health, 50 peratus umat Islam yang berpuasa bersetuju bahawa aktiviti fizikal mereka menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan tetapi dengan langkah-langkah yang betul, tidak mustahil untuk bersenam namun pastikan ia tidak membebankan badan.

Mereka yang berpuasa boleh menggunakan aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro untuk mengakses kandungan gaya hidup yang relevan seperti rutin senaman dan resipi Ramadan.
Berikut beberapa langkah oleh usahawan kecergasan, Nawal Alhaddad untuk terus kekal sihat sepanjang Ramadan :

1. Mulakan dengan perlahan dan tenang
Walaupun badan secara amnya mampu mengekalkan aktiviti seperti senaman, namun anda harus mengurangkan intensiti senaman dan hanya melakukan senaman ringan selama satu atau dua minggu untuk membolehkan badan beradaptasi dengan rutin puasa. Ini boleh dilaksanakan melalui pengurangan jumlah hari bersenam, menggunakan pemberat yang agak ringan atau senaman yang lebih pendek.

2. Pilih masa
Masa senaman mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian terutamanya sekitar tempoh berpuasa dan ketika berbuka puasa.
Jika anda tidak mampu bersenam dengan perut yang kosong pada waktu petang, pertimbangkan untuk bersenam pada waktu malam atau sebelum atau selepas sahur.

3. Diet sihat
Anda harus mengutamakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu tubuh pulih dari aktiviti fizikal dan juga puasa. Anda boleh mempertimbangkan pelbagai jenis ikan serta tumbuh-tumbuhan. Elakkan makanan berminyak sebaliknya ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk memastikan kenyang dan bertenaga.

4. Cuba gaya senaman baru
Ramadan adalah peluang untuk bereksperimen dengan sesuatu yang baru. Yoga adalah amalan yang sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan menyebabkan anda rasa lebih relaks. Berbasikal dan berenang juga adalah dua latihan berimpak rendah yang boleh dilakukan.

5. Fahami badan anda
Akhir sekali, badan akan memberitahu anda apa yang diperlukan. Yang perlu anda lakukan ialah berhenti dan fahaminya. Penting bahawa anda menghormati badan dan menjaganya dengan baik dan sepatutnya sepanjang bulan suci ini.-UTUSAN

YAZID AHMAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya