Semoga Ramadan kali ini jernihkan hati umat Islam

Semoga Ramadan kali ini jernihkan hati umat Islam

TUNTUTAN wajib berpuasa bertujuan melahirkan golongan manusia bertakwa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HANYA tinggal beberapa hari lagi bagi umat Islam menyambut bulan yang penuh mulia dan keberkatan, iaitu Ramadan. Haram hukumnya untuk makan dan minum pada siang hari tanpa sebab- ebab keuzuran syarii sepanjang bulan itu.

Falsafah Ramadan bertujuan mengembalikan manusia kepada fitrahnya. Sifat manusiawi akan berubah menjadi insan bukannya hamba Ramadan.

Bulan Ramadan antara lain dapat mendidik manusia untuk melawan hawa nafsu selain merupakan bulan untuk meraih ganjaran pahala berlipat ganda serta terhimpunnya banyak rahmat dan dibukakan seluas-luasnya pintu keampunan.

Oleh itu, berpuasa harus berlandaskan ilmu dan kefahaman bukan disebabkan melihat orang lain berpuasa maka kita ikut turut berpuasa. Hal demikian sebagaimana terdapatnya mafhum ayat hadis yang bermaksud: “Puasa di awalnya rahmat serta dipertengahannya magh rah dan di akhirnya bebas daripada neraka.”

Fokus utama disyariatkan umat Islam wajib berpuasa Ramadan adalah untuk menjernihkan hati manusia kerana umumnya pada bulan itu, syaitan dirantai serta diikat, namun manusia masih lagi tetap bertarung dengan tuntutan kehendak hawa nafsu.

Terdapat kata hukama, “beruntunglah mereka yang dapat diubahkan perangainya ketika datangnya bulan Ramadan.”

Daripada sinilah Allah SWT hendak tilik hati setiap manusia lebih-lebih lagi orang yang berpuasa. Hikmah berpuasa itu sebenarnya adalah rahsia hati yang manusia itu sendiri tidak dapat menilai.

Ini kerana manusia merupakan akar bagi segala tindakan atau perbuatan. Daripada hati jugalah akan terbit keimanan, kemahuan dan keyakinan.

Semoga Ramadan kali ini dapat mendidik hati manusia yang berpuasa serta dapat mengamalkan ajaran dan sunnahnya.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya