Selesai konflik Rusia-Ukraine elak kuasa besar peroleh idea baharu

Selesai konflik Rusia-Ukraine elak kuasa besar peroleh idea baharu

KEKUATAN aset China di sekitar Laut China Selatan memberi signal bahawa negara itu mampu menggunakan keupayaannya untuk menjuarai isu tuntutan di kepulauan Spartly.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONFLIK Rusia-Ukraine telah lama wujud sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dan pembubaran Warsaw Pact pada 1991. Setelah itu, Komanwel Negara Bebas (CIS) dibentuk oleh tiga negara utama iaitu Rusia, Belarus dan Ukraine. Namun, pakatan ini tidak bertahan lama kerana Ukraine menganggap CIS hanyalah mekanisme untuk Rusia menguasai negara-negara yang pernah berada di bawah naungannya menerusi Union of Socialist Soviet Republics (USSR).

Walaupun konflik Rusia-Ukraine cuba diredakan menerusi satu perjanjian persefahaman pada 1997, namun usaha tersebut dilihat tidak berjaya menyelesaikan konflik di antara Rusia dan Ukraine.

Malangnya, konflik ini semakin panas apabila munculnya gerakan revolusi yang cuba mencabar pengaruh Rusia di wilayah tersebut dengan cara ingin membawa Ukraine untuk menyertai Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Hal ini menyebabkan Rusia di bawah pimpinan Presiden Vladimir Putin berasa terancam terhadap usaha untuk menempatkan pangkalan NATO di Ukraine sekali gus meluaskan lagi pengaruh Amerika Syarikat (AS) di wilayah tersebut.

Bagi mengekalkan kekuasaan di Ukraine, Rusia bertindak memberikan sokongan kepada puak pemisah yang pro-Rusia di wilayah Timur Ukraine iaitu Donbas (Donestk dan Lugansk). Tindakan ini dilakukan oleh Rusia untuk memberi tekanan kepada Ukraine.

Pada 24 Februari lalu, Putin mengumumkan operasi khas ketenteraan untuk melakukan invasi terhadap Ukraine dan kon ik ini masih berlarutan sehingga hari ini. Jika isu ini tidak ditangani dengan baik akan mewujudkan persepsi negatif terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana peranannya tidak begitu berkesan untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Setakat ini, usaha yang dilakukan oleh negara Barat (diketuai oleh AS) ialah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia. Sungguhpun begitu, Rusia masih terus melakukan serangan dan provokasi terhadap Ukraine.

Konflik ini perlu ditangani segera kerana mampu memberikan dorongan dan ‘idea’ kepada negara kuasa besar lain yang menghadapi masalah berkaitan dengan tuntutan wilayah contohnya seperti China. Hal ini kerana, media China dilihat seakanakan menyokong tindakan Rusia dan ia perlu diberikan perhatian.

Sebagai negara yang terlibat secara langsung dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Malaysia perlu sentiasa mengutamakan pendekatan diplomasi sebagai instrumen untuk menguruskan konflik antara negara khususnya kuasa besar.-UTUSAN

 

 MUHAMMAD SYAKIR IDRIS,  Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi , UiTM Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya