Ramadan kali ini terbaik perkasa komponen spiritual

Ramadan kali ini terbaik perkasa komponen spiritual

BERSEDEKAH merupakan salah satu cara untuk meningkatkan komponen spiritual dalam menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMAHAMI Ramadan dari perspektif yang betul sangat penting agar roh Ramadan berjaya dihidupkan dalam diri dan mampu memberi kesan berpanjangan selepas berlalunya bulan mulia ini nanti.

Elok sekiranya kita kembali melihat komponen kejadian manusia. Hal ini sangat penting untuk lebih memahami kenapa perlu memperbanyakkan ibadat pada bulan Ramadan.

Terdapat tiga komponen utama kejadian manusia iaitu fizikal, intelektual dan spiritual. Ketiga-tiga komponen ini perlu diperkasakan secara seimbang agar wujud kesejahteraan diri sebenar.

Komponen spiritual merupakan komponen sangat penting bagi memastikan fizikal dan intelektual dapat berfungsi dengan baik dan sejahtera. Komponen ini disebut hati dan sifatnya kekal. Oleh kerana itulah ia perlu dijaga dengan penuh perhatian.

Komponen spiritual perlu dijaga dengan baik melalui zikir, puasa, solat, sedekah dan apa jua kebaikan yang bukan hanya melibatkan hubungan satu hala dengan Allah SWT semata-mata tetapi sesama manusia. Sebab itulah kita disarankan memperbanyakkan sedekah dan ganjaran yang diberikan sangat besar seperti memberi makan kepada mereka yang berbuka puasa.

Di sinilah kenapa Ramadan dihadirkan kepada seluruh umat Islam, iaitu sebagai satu bulan khusus untuk memfokuskan diri ke arah penyucian jiwa yang akan melahirkan sifat nilai-nilai murni yang akhirnya mampu menumbuhkan rasa takwa kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Ramadan pascapandemik Covid-19 merupakan medan paling terbaik untuk kembali memperkasa komponen spiritual.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. RATNA ROSHIDA AB. RAZAK
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN