Patut tawar pelbagai jenis sokongan bantu sindrom down

Patut tawar pelbagai jenis sokongan bantu sindrom down

TIBA masa negara kita meneroka kemudahan latihan skil dan pembelajaran melalui residensi sokongan buat komuniti berkeperluan khas untuk kanak-kanak sindrom down.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ORANG kurang upaya sindrom down adalah individu yang terkesan akibat kurangnya kesedaran umum terhadap keperluan bagi golongan ini sekali gus menyumbang kesukaran mereka dalam menjalani kehidupan.

Golongan ini terpaksa berjuang menjalani kehidupan disebabkan kelemahan yang dihadapi terutama dari segi pencapaian yang amat lambat dalam aspek pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti secara berstruktur dan terancang apabila dilatih secara berkala dapat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan walaupun memakan masa. Apa pun, konsistensi amat penting bagi memastikan tercapainya skil dan pembelajaran asas, seterusnya dapat dipertingkatkan ke tahap-tahap yang lebih rumit lagi.

Di Malaysia, kemudahan keperluan skil serta pembelajaran dapat diperoleh di sekolah-sekolah bagi kanak-kanak berkeperluan khas tetapi di luar negara, mereka melalui kemudahan latihan skil dan pembelajaran yang disediakan di pelbagai pilihan jenis-jenis residensi sokongan buat komuniti berkeperluan khas seperti kehidupan sokongan, pusat jagaan, residensi perkongsian, komuniti khas dan perkhidmatan kehidupan sokongan di rumah.

Sudah tiba masanya Malaysia menawarkan kemudahan pelbagai jenis residensi sokongan yang mampu milik. Kanak-kanak ini tidak seharusnya dipinggirkan dan sewajarnya diberi perhatian yang saksama.

Salah satu lagi langkah yang boleh diambil ialah dengan mewujudkan perkampungan khas sebagai pusat latihan pembelajaran yang memenuhi kebajikan sosial golongan istimewa ini.-UTUSAN

HAFISZAH ISMAIL
Pusat Pengajian Hartanah
Fakulti Senibina,
Perancangan & Ukur,
UiTM Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN