Mohon bangunkan platform jana duit pasif - Utusan Malaysia

Mohon bangunkan platform jana duit pasif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada surat pembaca bertajuk Nasihat pakar kewangan dah basi dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 14 April lalu, saya amat bersetuju dengan kenyataan yang disuarakan oleh Mohd. Salleh Othman dalam ruangan tersebut.

Dia menyebut pakar kewangan seperti biasa akan menasihatkan orang ramai agar membuat perancangan perbelanjaan dengan teliti iaitu membeli mengikut keperluan dan sepadan dengan pendapatan masing-masing.

Tulisnya lagi, bagi rakyat marhaen yang terkesan dengan harga barangan semakin tinggi, nasihat sedemikian sudah dianggap basi dan tidak relevan lagi kerana mereka sememangnya sudah berusaha sehabis daya untuk berjimat cermat.

Bagi saya, era tanpa tunai sudah bermula. Terdapat aplikasi dalam telefon bimbit yang berfungsi untuk menjana duit menerusi perkongsian maklumat ataupun berita menerusi media sosial.

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah muak dengan pemasaran berbilang tingkat (MLM) dan skim cepat kaya, diharapkan lebih banyak syarikat tempatan segera membangunkan platform menjana duit pasif tanpa modal yang selamat sama ada dalam bentuk aplikasi telefon bimbit atau laman sesawang.

Platform sedemikian diharap dapat menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelabur seperti pemindahan ke akaun bank, isi kredit telefon bimbit, bayar bil dan zakat, semuanya tanpa menggunakan tunai.

Semoga dengan merealisasikan kewujudan platform berkenaan nanti bukan sahaja dapat menamatkan riwayat MLM dan syarikat ceti haram, malah boleh menghapuskan semua jenis bantuan dalam bentuk tunai oleh pihak kerajaan serta menyelesaikan isu jenayah rompak dan pecah rumah. – UTUSAN

ANTI MLM & SKIM CEPAT KAYA, Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya