Lawan kezaliman Israel dengan boikot

Lawan kezaliman Israel dengan boikot

PENDUDUK Palestin mengadakan demonstrasi membantah kekejaman pasukan tentera rejim Israel di bandar Gaza pada 15 April lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU Palestin kembali timbul apabila tentera rejim Israel secara biadab menyerang umat Islam yang menunaikan solat fardu subuh berjemaah di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis pada 15 April atau 13 Ramadan lalu.

Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan pendirian tegas dengan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Malaysia juga meminta masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersama-sama memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap kon­ ik berpanjangan Israel-Palestin.

Di samping semua tindakan protes yang ditunjukkan oleh negara-negara Islam dan masyarakat dunia, umat Islam sendiri perlu memperteguhkan kekuatan dan solidariti dalam menghadapi keangkuhan rejim Zionis.

Seluruh umat Islam perlu menggembleng kekuatan yang dimiliki iaitu melalui tindakan kebersamaan melibatkan solidariti umat Islam seluruh dunia.

Dengan kekuatan umat Islam yang mencecah 1.9 bilion di seluruh dunia, pastinya tindakan yang bersifat solidariti bersama akan memberikan impak kepada Israel, sekutunya dan seluruh dunia.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa keangkuhan Israel ini boleh dihancurkan dengan strategi menyeluruh melalui solidariti umat Islam dan masyarakat dunia.

Antara strategi utama yang boleh dilaksanakan adalah menggunakan kekuatan ekonomi umat Islam untuk memberi tekanan kepada ekonomi dunia khususnya Israel.

MEDIA SOSIAL

Kempen-kempen pemboikotan produk-produk keluaran Israel dan sekutunya perlu digerakkan semula secara besar-besaran.

Memang diakui kempen sebegini dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya digerakkan secara berstrategi dan menyeluruh, pasti akan memberi kesan lebih kuat.

Kempen boikot ini perlu dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun atau setiap empat bulan dengan memfokuskan kepada produk-produk tertentu sahaja.

Dengan strategi pemboikotan yang bersasar, ia mampu melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel sekali gus menghapuskan penguasaan ekonomi mereka.

Strategi lain adalah dengan menjalankan kempen dalam media sosial bagi menyampaikan maklumat tentang kezaliman terhadap penduduk Palestin ke seluruh dunia.

Walaupun media sosial utama dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel seperti Twitter, Instagram dan Facebook, namun dengan kekuatan solidariti umat Islam yang ramai, ia mampu menggegarkan dunia dan mendedahkan kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin.

Pastinya terdapat usaha pihak Israel untuk memadamkan maklumat berkaitan kesengsaraan penduduk Palestin daripada rangkaian media sosial yang dikuasai mereka, namun dengan strategi dan kreativiti umat Islam seluruh dunia, isu ini akan berjaya dibangkitkan di peringkat global.

Langkah ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh bagi memastikan seluruh masyarakat dunia mendapat maklumat telus dan tepat, walaupun cuba disembunyikan oleh Israel dan sekutunya.

Simpati dan kesedaran masyarakat antarabangsa akan memberikan tekanan yang hebat kepada Israel untuk menghentikan kezaliman dan penindasan mereka terhadap penduduk Palestin. – UTUSAN

DR. MOHD. ASHROF ZAKI YAAKOB, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya