Kenapa ahli Parlimen masih kabur? - Utusan Malaysia

Kenapa ahli Parlimen masih kabur?

NAMPAKNYA wakil rakyat yang bersidang di Parlimen masih tercari-cari formula sebenar untuk menggubal Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NAMPAKNYA ahli Parlimen kita masih tercari-cari formula sebenar untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Bukankah negara kita mempunyai ramai pakar mengenai Perlembagaan yang selalu memberikan ulasan dan pendapat di akhbar arus perdana. Tidak juga ketinggalan negara mempunyai tokoh-tokoh peguam yang hebat dan para pensyarah universiti serta hakim-hakim bersara serta bekas peguam negara untuk diminta pandangan.

Mereka ini boleh dijemput untuk berbincang dan memberikan pandangan serta pendapat. Dari situ bolehlah diambil syor-syor yang dikemukakan oleh para bijak pandai ini.

Mungkin pandangan mereka didalam surat khabar arus perdana tidak dipandang. Dengan cara menjemput mereka, barulah segala pandangan boleh diterjemahkan kedalam rangka RUU Anti Lompat Parti.

Saya mencadangkan supaya parti berdaftar yang bertanding mempunyai hak ke atas kerusi yang dimenangi di dalam pilihan raya. Jika ada ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyeleweng, parti boleh menggugurkan individu berkenaan dan melantik individu lain bagi mewakili kerusi yang dimenangi oleh parti berkenaan.

Sebagai contoh, jika kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyatnya melompat ke parti lain, BN sebagai parti berdaftar boleh menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan hasrat menggantikan penyandang kerusi tersebut kepada penyandang baharu mewakili BN.

Dengan cara begini, tidak perlu ada pilihan raya kecil (PRK) setiap kali ada penyandang meninggal dunia atau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen disebabkan beberapa faktor seperti kes mahkamah atau sebagainya.

Undang-undang ke arah itu boleh digubal dengan melihat kepada beberapa aspek yang membolehkannya.-UTUSAN

HALIM OSMAN
Kulim, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN