Kedudukan Melayu sekadar boneka dalam DAP? - Utusan Malaysia

Kedudukan Melayu sekadar boneka dalam DAP?

AMALAN politik sederhana yang dibawa oleh DAP bertujuan memastikan parti itu mendapat sokongan majoriti rakyat termasuk orang Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kedudukan orang Melayu dalam DAP seperti dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dalam wawancara Mingguan Malaysia bertajuk DAP risau tidak cukup penyertaan Melayu yang diterbitkan pada 3 April lalu.

Artikel tersebut menyebut, pendekatan yang diambil DAP dengan membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu menyertai pari itu bertujuan mendapatkan sokongan daripada peringkat arus perdana dan majoriti rakyat.

Bagi saya, tiada apa yang hendak dibanggakan sangat apabila adanya segelintir orang Melayu menjadi ahli dan mendapat kedudukan dalam DAP. Apakah kita tidak sedar kedudukan orang Melayu dalam DAP sekadar boneka dan mereka terpaksa tunduk serta patuh terhadap isi kandungan perlembagaan parti itu?

Sedangkan kita menyedari terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan perlembagaan negara walaupun Anthony menyatakan perlembagaan parti tidak semestinya dipimpin oleh kaum Cina serta tidak menafikan penyertaan orang Melayu.

Malah dalam wawancara itu juga, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mahu DAP mengutamakan pendekatan sederhana apabila tidak menetapkan syarat pemimpin harus dipilih dalam kalangan kaum Cina semata-mata.

Di sini saya berani mengatakan bahawa secara senyap sememangnya kaum Cina dan India DAP tetap anti-Islam, rukun negara dan perlembagaan negara. Untuk menutup elemen-elemen tersebut, maka mereka amat suka apabila orang Melayu menjadi ahli dan juga wakil rakyat DAP supaya apa yang terkandung dalam rukun negara dan perlembagaan dapat dimansuhkan kerana dikatakan tidak lagi relevan untuk jangka panjang. Itulah tujuan dan matlamat sebenar mereka.

Apa yang mendukacitakan ialah adanya wanita Melayu ‘tergila-gila’ untuk mendapat tempat dalam DAP.

Malah, parti yang pernah dan masih bekerjasama dengan DAP juga gagal memuaskan keinginan pimpinan DAP.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN