Kedai jual makanan kepada umat Islam pada awal pagi

Kedai jual makanan kepada umat Islam pada awal pagi

SEORANG lelaki dilihat membeli juadah pada waktu siang secara pandu lalu di sebuah kedai makan di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak ketika bulan Ramadan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI sebalik orang ramai berebut-rebut mencari ganjaran pahala dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta melakukan ibadah di bulan mulia ini, masih ada lagi mereka yang sanggup mengambil kesempatan demi mengejar keuntungan semata-mata dengan mengkhianati perintah Allah SWT.

Terdapat banyak dalil yang memberi amaran keras kepada mereka yang sewenang-wenangnya berbuka puasa tanpa uzur syarie seperti sakit dan musafir. Justeru, dinyatakan di sini antara nas berkenaan hal tersebut. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Simpulan-simpulan Islam serta tiang-tiang agama ada tiga, atasnya dibina Islam. Sesiapa dianggap kafir dan halal darahnya, iaitu mengucap syahadah, solat fardhu dan puasa Ramadan.” (Riwayat Abu Ya’la dan al-Dailami)

Disebabkan perintah berpuasa di bulan Ramadan juga merupakan rukun Islam yang mesti ditegakkan dalam kehidupan seharian umat Islam, maka saya amat terkesan dengan tindakan seorang peniaga kedai makan di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak yang sanggup berniaga seawal pukul 10.30 atau 11 pagi bagi membolehkan pelanggan bukan Islam dan orang Islam membeli juadah pada waktu siang.

Perkara ini bukan baharu, bahkan peniaga tersebut sudah melakukan perkara sama sejak dua tahun lalu ketika bulan Ramadan.

Sudah banyak kali penduduk di sini menegur tetapi peniaga tersebut degil. Malah difahamkan pekerja di kedai berkenaan juga tidak berpuasa.-UTUSAN

HANIE
Teluk Intan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya