Kasihan lihat pelajar angkut beg berat - Utusan Malaysia

Kasihan lihat pelajar angkut beg berat

KERATAN akhbar Utusan Malaysia, 12 April 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd. Hafiz Zulfakar dan Mohd. Faizol Rizal Mohd. Rasid daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dalam satu artikel bertajuk Sedia lokar nampak mudah tapi berfaedah yang diterbitkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 12 April lalu. Artikel itu memberi cadangan kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) yang mempunyai kemampuan kewangan untuk bertindak sendiri untuk menyediakan lokar di sekolah.

Hal ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan penyediaan lokar untuk kegunaan semua murid tanpa mengira tahap.

Saya percaya isu beg berat ini akan segera diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan dan bukannya bergantung 100 peratus kepada sumbangan kerajaan.

Saya juga yakin ibu bapa pastinya tidak berkira untuk menyumbang sedikit wang untuk keperluan persekolahan berbanding melihat kesihatan anak terjejas akibat terpaksa menanggung beban buku yang banyak.

Melihat sendiri pelajar terutama mereka yang bersaiz kecil terpaksa mengangkut bebanan beg ke sekolah amat menyedihkan. Timbul rasa kasihan apabila melihat beg lebih besar dari tubuh pelajar. Jadi, tidak hairanlah pelajar ini keletihan dan tidak boleh memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Oleh itu, mungkin pihak PIBG boleh memikirkan cara untuk mempercepat dan mempermudahkan sesi pembelajaran di sekolah dengan mengumpulkan sumbangan daripada ibu bapa atau pihak swasta.

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa menganggap isu lokar ini sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan tetapi bagi saya ia bukan hanya dilihat ketika waktu persekolahan sebaliknya kesan jangka panjang terhadap kesihatan pelajar.

Antara kelebihan lain penyediaan lokar di sekolah dapat mengurangkan kelalaian pelajar untuk tertinggal buku, alat tulis dan sebagainya di rumah yang boleh mengganggu proses pembelajaran di sekolah.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya