Kartel ‘lesap’ jika umat Islam cebur bidang penternakan

Kartel ‘lesap’ jika umat Islam cebur bidang penternakan

Penternak kecil ayam mendakwa menjadi mesin ATM kepada syarikat-syarikat besar. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 25 April lalu bertajuk Kartel ibarat raja, saya terpanggil untuk menyeru rakyat terutama umat Islam agar menceburi bidang penternakan supaya tidak dimonopoli oleh kartel ayam. Ia turut mempunyai kaitan dengan halal dan haram dalam pemakanan ayam.

Berdasarkan laporan tersebut, kartel ayam memanipulasi harga sesuka hati sehingga membebankan pengguna. Namun, apabila harga ayam naik melambung, penternak dan peruncit pula yang dipersalahkan sedangkan punca masalah itu berakar umbi daripada tindakan kartel.

Peranan pihak berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlalu kecil dengan terlibat dalam proses penyembelihan sahaja berbanding kitaran industri ayam yang begitu luas bermula daripada stok induk ayam sehingga pemasaran dan pengedaran. Dalam proses penyembelihan dan berkaitan dengan perkilangan, dilaporkan hanya 30 peratus memenuhi piawaian keselamatan makanan bertaraf dunia.

Oleh yang demikian, tiba masanya umat Islam bersatu hati menggembleng tenaga dengan sokongan pelbagai pihak agar dapat membentuk sebuah persatuan yang menghimpunkan kesemua penternak ayam di negara ini dengan menumpukan kitaran dalam industri ayam bagi menyaingi tindakan yang pernah dibuat oleh kartel dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.

Hal ini agar ia tidak dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Apabila hanya satu pihak memonopoli pasaran, harga jualan akan mudah dimanipulasi sehingga menjadi tidak stabil dan membebankan banyak pihak terutama pengguna.

Selain itu, status halal ayam boleh diragukan sekiranya proses penyembelihan diserahkan kepada pihak yang tidak mementingkan kualiti walaupun dipantau oleh pihak berkuasa.

Hal ini kerana banyak laporan akhbar mendedahkan bahawa mereka mengikuti piawaian ketika dipantau sahaja dan jika tidak dipantau dengan kerap akan berlaku pelanggaran piawaian halal yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti. Seperti contoh, rumah sembelihan haiwan di Australia didakwa melanggar protokol walaupun telah mendapat pengiktirafan Malaysia dan Singapura.-UTUSAN

DR. MOHD. MURSHIDI MOHD. NOOR
Universiti Utara Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya