Jangan berhutang pula selepas raya

Jangan berhutang pula selepas raya

DALAM situasi kenaikan harga barangan, umat Islam hendaklah menjadi pembeli yang bijak ketika berbelanja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KURANG dua minggu lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran dan kemeriahannya semakin terasa dengan pusat beli-belah menjadi tumpuan untuk membeli kelengkapan seperti pakaian dan sebagainya.

Dalam situasi kenaikan barangan keperluan ini, umat Islam hendaklah menjadi pembeli yang bijak dengan memikirkan kehidupan seterusnya iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Kita tidak mahu jatuh miskin dan berhutang keliling pinggang dan terpaksa membuat pinjaman baharu pula selepas menyambut hari raya nanti.

Ingatlah kata orang tua-tua dahulu, ikut hati mati, ikut rasa binasa dalam membelanjakan wang sempena menyambut hari lebaran.

Berbelanjalah mengikut kemampuan umpama ukur baju di badan sendiri dan janganlah melihat kemampuan orang lain.

Kalau melihat trend peningkatan harga barangan, ia berlaku setiap kali musim perayaan dan kali ini peningkatan harga berlipat ganda disebabkan pandemik Covid-19.

Para peniaga cuba memulihkan perniagaan mereka dan mendapat untung dengan cepat. Kesannya pula dirasai oleh pembeli dengan peningkatan harga mendadak dan sesetengahnya tidak masuk akal.

Walaupun kerajaan memperkenalkan pelbagai kaedah untuk membantu pengguna seperti pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bantuan banjir, menaikkan gaji minimum dan sebagainya, ia memberi kelegaan yang kecil jika dibandingkan kenaikan harga barangan yang bermaharajalela seolah-olah tidak dapat diatasi oleh pemerintah.

Jadi, sampai bila kenaikan harga barang akan berhenti dan sampai bila pengguna terus ditekan dengan harga yang tidak munasabah ini? Tidaklah diketahui.

Bagaimanakah kehidupan dan nasib rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) jika wang mereka tidak mencukupi untuk meneruskan kehidupan secara normal?

Segala-galanya terserah kepada kerajaan untuk membela nasib rakyat terutama yang hidup di bawah garis kemiskinan. – UTUSAN

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya