Jadikan pandu bas, trak kursus TVET - Utusan Malaysia

Jadikan pandu bas, trak kursus TVET

KERAJAAN perlu permudahkan rakyat untuk mendapat lesen memandu kenderaan berat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDEDAHAN dalam akhbar baru-baru ini mengenai kesukaran pengusaha bas ekspres untuk beroperasi dengan kapasiti penuh sempena Hari Raya Aidilfitri kerana tidak cukup pemandu menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.

Perlu difikirkan langkah penyelesaian bersifat jangka panjang agar bekalan sumber pemandu mahir dapat disediakan secara berterusan terutama bagi menggantikan mereka yang bersara atas faktor usia.

Salah satu punca terutama golongan belia kurang berminat dengan kerjaya sebagai pemandu kenderaan berat adalah kekangan kewangan bagi mendapatkan lesen memandu kelas E (lesen kenderaan berat).

Ia sebagai syarat untuk layak mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) dan lesen memandu kenderaan barangan (GDL). Kosnya agak membebankan terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Kementerian Pengangkutan diharap dapat memperkenalkan semula inisiatif MyLesen GDL serta meluaskan kepada mereka yang berminat untuk bekerja sebagai pemandu bas menerusi MyLesen PSV. Menerusi dua inisiatif ini, mereka yang mempunyai lesen kelas D diberikan subsidi untuk mendapatkan lesen kelas E seterusnya lesen GDL serta PSV.

Di samping itu, kursus pemanduan kenderaan berat seperti bas dan trak perlu diangkat sebagai salah satu cabang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

GiatMara ada menawarkan kursus pemanduan kenderaan perdagangan, namun bilangan pusat latihan terhad.

Sebagai pelengkap, dicadangkan diwujudkan akademi latihan pemanduan bas dan trak di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

APAD boleh merangka silibus kursus pemanduan bersesuaian agar kerjaya sebagai pemandu bas dan trak dipandang tinggi oleh masyarakat selain melahirkan pemandu yang kompeten. – UTUSAN

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya