Guna helikopter bomba bawa mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Guna helikopter bomba bawa mangsa kemalangan

HELIKOPTER bomba mempunyai banyak kelebihan termasuk tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JUMLAH aliran trafik di semua lebuh raya utama telah meningkat sehingga 90 peratus susulan pembukaan sempadan dan kedatangan Ramadan sejak 1 April lalu.

Trend peningkatan aliran trafik dijangka berterusan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi.

Pada pandangan saya, sambutan hari raya tahun ini boleh dianggap luar biasa kerana tidak disambut selama dua tahun.

Pihak konsesi lebuh raya utama sudah tentu mempunyai pelan jangka pendek dan panjang dalam mendepani kerenah pengguna jalan raya.

Begitu juga pihak berkuasa seperti polis trafik, bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentu sudah mempunyai strategi tertentu dalam menghadapi jumlah trafik yang luar biasa nanti.

Pada kebiasaannya lebuh raya dan jalan persekutuan akan mengalami kesesakan teruk akibat pertambahan kenderaan jika berlaku kejadian kemalangan dan kerosakan kenderaan.

Sukar untuk mendapatkan kelancaran kenderaan di jalan raya terutama akibat pertambahan trafik.

Namun, saya ada beberapa cadangan supaya tidak berlaku kesesakan trafik yang teruk di jalan raya pada musim perayaan.

Antaranya, melaksanakan jadual perjalanan balik kampung mengikut zon dan masa seperti yang dilaksanakan pada tahun lalu oleh beberapa pemegang konsesi lebuh raya.

Kebaikannya dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh raya pada satu-satu masa terutama seminggu sebelum dan selepas hari raya.

Seterusnya, pemantauan dari udara oleh pihak polis dan pemegang konsesi lebuh raya untuk mengenal pasti lokasi berlaku kesesakan dan kawasan kemalangan.

Selain itu, disarankan juga menggunakan helikopter bomba untuk membantu membawa mangsa kemalangan kerana ambulans sering kali terperangkap dan mengambil masa untuk ke lokasi kejadian kerana kenderaan yang menghalang laluan kecemasan.

Selain itu, dikuatkuasakan larangan kenderaan berat seperti lori menggunakan lebuh raya dan jalan persekutuan untuk tempoh masa seminggu sebelum dan selepas hari raya. – UTUSAN

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya