Gaji naik, harga barang pun naik

Gaji naik, harga barang pun naik

KEBIASAANNYA harga barangan akan meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan kos. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKAN ringankah beban rakyat dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 mulai bulan depan?

Pada dasarnya, keadaan akan kelihatan begitu. Pekerja memperoleh pendapatan yang lebih, oleh itu boleh berbelanja lebih. Ini akan merancakkan aktiviti ekonomi.

Masalahnya, apabila gaji pekerja meningkat, kos akan meningkat. Apabila kos meningkat, harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat.

Akibatnya, kuasa beli pekerja menurun, bukannya semakin naik kerana harga barangan dan perkhidmatan meningkat lebih tinggi daripada kenaikan gaji yang diperoleh.

Pada masa sama, pekerja asing yang memperoleh pendapatan lebih akan menghantar lebih banyak wang ke negara asal.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan pengaliran wang asing meningkat antara RM12 juta hingga RM14 juta setahun tidak termasuk penghantaran wang secara tidak sah.

Kesannya, nilai Ringgit Malaysia akan jatuh. Harga barangan khususnya bahan mentah import akan naik.

Kenaikan gaji mendadak akan menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan pekerja bagi membendung kenaikan kos. Kadar pengangguran akan meningkat.

Perlu diingat, kerajaan masih berhutang dengan kontraktor pembersihan di sekolah-sekolah sebanyak RM165 juta dan kontraktor kawalan keselamatan lebih RM100 juta bagi penyelarasan gaji pekerja sejak 2019.

Kenaikan gaji minimum RM1,500 akan menambah beban kontraktor yang sejak 2019 terpaksa mendahulukan bayaran gaji minimum pekerja yang masih tertunggak sehingga hari ini.

Majikan dibebankan dengan kenaikan gaji minimum yang mendadak tanpa dapat merancang pengaliran kos dengan berkesan.

Kenaikan gaji pekerja pula tidak membawa apa-apa makna disebabkan harga barangan semakin mahal. – UTUSAN

NORUDDIN IDRIS, Presiden Persatuan Kontraktor Perkhidmatan Pencucian Malaysia (MACC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya