Elak pembaziran sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Elak pembaziran sepanjang Ramadan

PEMBAZIRAN makanan bukan sahaja tidak beretika ketika Ramadan tetapi mendatangkan ancaman terhadap alam sekitar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELEPAS dua tahun berperang dengan Covid-19, pada tahun ini rakyat terutamanya yang beragama Islam begitu teruja menyambut bulan Ramadan. Keterujaan ini bertambah apabila negara juga memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu bagi membolehkan kita kembali ke kehidupan yang hampir normal dan ia telah memberi sinar baharu.

Pada tahun ini, kemeriahan bulan Ramadan begitu meriah apabila umat Islam di Malaysia dapat kembali merapatkan saf untuk menunaikan ibadah solat fardhu dan tarawih tanpa penjarakkan sosial. Walau bagaimanapun, keterujaan menyambut bulan mulia ini dan menjalankan ibadat di masjid ataupun surau harus tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka. Jangan leka dan terus amalkan kawalan kendiri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Walaupun pada tahun ini bulan puasa memberi sinar baharu, namun budaya pembaziran terutama makanan harus di elakkan. Pembaziran ini berlaku disebabkan oleh keterujaan masyarakat apabila bazar di benarkan beroperasi semula.

Masyarakat terutamanya umat Islam begitu teruja untuk membeli pelbagai jenis juadah sehingga berlakunya pembaziran. Pembaziran ini juga bukan sahaja berlaku semasa membeli di bazar tetapi keterujaan berkumpul bersama keluarga semasa berbuka. Sering kali kita mendengar ibu menyediakan juadah berlebihan kerana ingin menjamu keluarga untuk makan bersama-sama.

Budaya pembaziran makanan harus dibuang daripada minda masyarakat. Dengan peralihan ke fasa endemik ini, masyarakat harus lebih peka dan berjimat cermat dalam pembelanjaan. Bulan Ramadan ini bukan sahaja mengajar umat Islam untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan dan mengawal diri daripada melakukan pembaziran dan perbelanjaan di luar kawalan.-UTUSAN

DR. AFIQAH M. KAMARUL
Pensyarah Kanan Program Media Baharu
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN