Doktor gigi perlu lebih bertimbang rasa

Doktor gigi perlu lebih bertimbang rasa

PENEKANAN kepada perkhidmatan yang holistik memastikan pengamal kesihatan dapat memberi perkhidmatan yang berkesan dan penuh kasih sayang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI menyediakan Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, pendidikan penjagaan kesihatan tradisional yang memberikan tumpuan kepada penguasaan kemahiran klinikal memerlukan transformasi yang radikal.

Satu kaedah yang disyorkan untuk melengkapkan para profesional penjagaan kesihatan masa hadapan ialah dengan mempersiapkan mereka dengan tahap empati serta bertimbang rasa yang tinggi.

Secara tradisinya, pelajar perubatan dan pergigian meluangkan banyak masa dan usaha dalam pembelajaran berbentuk kemahiran klinikal dan mengikuti latihan praktikal yang bersesuaian. Proses ini amat diperlukan demi melengkapkan diri menjadi seorang pengamal kesihatan yang cekap, sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

Walau bagaimanapun, kurikulum perubatan dan pergigian yang futuristik seharusnya memberi penekanan kepada pelajar untuk menjadi lebih bertimbang rasa dan bersikap empati dengan pesakit. Berbekalkan teknologi perubatan dan pergigian yang semakin canggih, penekanan kepada perkhidmatan yang holistik sebegini akan memastikan mereka memberikan perkhidmatan yang berkesan, selain penuh kasih sayang.

Penambahbaikan proses pembelajaran ini boleh berlaku melalui pelaksanaan elemen pembelajaran berasaskan khidmat.

Service Learning Malaysia- University for Society (SULAM) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan yang diperkenalkan pada 2018 bagi mencapai hasrat ini dalam kalangan pelajar peringkat pengajian tinggi.

Inisiatif ini menggabungjalinkan matlamat pendidikan dengan usaha memberi khidmat kepada masyarakat agar graduan yang dilahirkan kelak bakal menjadi pelita. Menjadi matlamat SULAM untuk melihat pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dalam membantu masyarakat untuk menyelesaikan atau memberi kesedaran mengenai sesuatu isu.

Bersama dengan rakan-rakan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM), penulis telah menjalankan kajian bagi mengintegrasikan SULAM di dalam kurikulum jurusan pergigian yang bermula pada 2019. Usaha ini dikira tepat pada masanya memandangkan bilangan golongan berkeperluan khas, termasuk warga emas dan kurang upaya yang memerlukan rawatan pergigian kini semakin meningkat.-UTUSAN

PROF. MADYA DR. VISHALACHE BALAKRISHNAN
Penyelaras SULAM Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya