Bukan masa UMNO cari salah, berpecah

Bukan masa UMNO cari salah, berpecah

UMNO perlu bergerak sebagai satu pasukan dan terus mendekati rakyat terutama pengundi muda yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP keputusan semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini selepas mengambil kira pandangan, cadangan dan kritikan pada 14 April lalu. Antara keputusan penting yang dibuat adalah mengenai:

1. Kedudukan memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai ini diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

2. Pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa kompromi.

3. Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021.

4. MKT UMNO juga sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 nanti.

Ini adalah keputusan rasmi parti yang telah diputuskan secara sebulat suara serta semangat kekeluargaan UMNO. Keputusan yang dibuat ini seharusnya wajib diterima oleh keluarga besar UMNO atas semangat pengukuhan, penyatuan, perdamaian, perpaduan dan kekuatan parti dalam menuju PRU15.

Ini bukan lagi masanya untuk kita berbalah, berpecah, mempertikaikan antara satu sama lain, menebuk kapal dari dalam, mencipta persepsi negatif dan yang pasti harus mengenali musuh utama iaitu PH mahupun Perikatan Nasional (PN).

Ini masanya untuk kita bergerak sebagai satu pasukan dan terus mendekati rakyat terutama pengundi-pengundi muda yang kali pertama mengundi sebelum menghadapi ujian peperangan utama iaitu PRU15 .

Saya doakan yang terbaik buat kita semua dan UMNO untuk terus bergerak maju ke hadapan demi kepentingan rakyat dengan keizinan Allah SWT.-UTUSAN

DATUK ARMAND AZHA ABU HANIFAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
& Ketua UMNO Bahagian Subang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya