Buah, minyak zaitun berguna ketika Ramadan - Utusan Malaysia

Buah, minyak zaitun berguna ketika Ramadan

MEMAKAN buah dan minyak zaitun dapat mengurangkan masalah kulit kusam ketika Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMADAN yang telah hampir sampai ke penghujungnya mengubah rutin kehidupan umat Islam di seluruh dunia apabila mereka berpuasa selama sebulan dengan bangun sebelum subuh untuk bersahur.

Bersahur bermakna mereka menikmati hidangan pertama pada hari itu yang juga merupakan hidangan terakhir sehingga matahari terbenam apabila mereka berbuka puasa.

Makan dengan betul semasa Ramadan adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan dan tenaga bagi melakukan aktiviti harian semasa berpuasa.

Dalam pada itu, ramai orang mengadu mereka mengalami masalah kulit kusam dan bagi golongan remaja, jerawat muncul lebih banyak ketika Ramadan kerana kekurangan air.

Oleh itu, pastikan kita meminum air yang mencukupi semasa waktu berbuka dan bersahur. Pada masa sama, adalah penting untuk memakan buah dan minyak zaitun bagi membolehkan kulit kita kembali segar dan dapat berfungsi dengan baik.

Zaitun bukan sahaja kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin E, minyaknya mempunyai pelbagai kelebihan dan boleh disiram pada hampir semua makanan untuk membolehkan hidangan kelihatan segar dan berkilauan.

Satu lagi makanan yang tidak boleh dilupakan ketika Ramadan ialah kurma yang mengandungi kandungan gula semula jadi dan penuh dengan serat.

Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting seperti kalium atau nama lain potasium. Sebiji kurma mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang.

Kalium merupakan salah satu jenis mineral yang penting untuk tubuh badan bagi mengawal otot dalam tubuh termasuk jantung.

Kekurangan kalium akan menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur sehingga boleh membawa maut.

Mineral lain yang terdapat dalam kurma adalah kalsium, magnesium, besi dan ­ fluorin serta pelbagai vitamin.

Kurma yang sangat dikenali dan merupakan buah yang sedap untuk dijadikan juadah berbuka puasa telah disebut dalam al-Quran lebih 20 kali. – UTUSAN

YURI AZRANI, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN