Anjakan paradigma perlu untuk jadi cemerlang

Anjakan paradigma perlu untuk jadi cemerlang

PELAJAR perlu berubah dengan tidak terikat kepada modul pengajaran dalam kuliah semata-mata untuk berjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA baik tentang beberapa pelajar cemerlang Malaysia terpilih untuk ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat membanggakan kita semua. Pelajar-pelajar tersebut bakal melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang astrofizik, biokimia, neurosains, sains alam sekitar, polisi awam, politik, sosiologi dan linguistik. Menurut laporan panel penemuduga, mereka bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah merupakan pelajar yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam aktiviti di luar bilik darjah seperti muzik, khidmat sosial dan sukan.

Mari soroti kemahiran dan beberapa nilai yang boleh memberi inspirasi kepada belia bagi mengatasi cabaran dunia yang semakin rumit pada masa kini:

-Tidak takut meneroka perkara baharu
Mereka akan mendalami sesuatu bidang baharu sehingga berkepakaran tinggi dan cuba menerapkan kaedah dan pendekatan berbeza.

-Mendalami budaya dan memiliki cita  rasa unik
Berminat mendalami isu budaya dan amalan tradisi kerana menyedari ia boleh membawa mereka lebih jauh dalam memahami insan, tempat dan peristiwa berbeza yang bakal dialami.

-Berfikiran pragmatik
Terbuka untuk mengekalkan keharmonian dengan melakukannya berdasarkan prinsip menghormati dan memahami sesuatu pendapat. Bagaimanapun, tidak bermakna mereka perlu bersetuju dengan semua pendapat.

-Mempunyai empati tinggi
Walaupun mereka tidak dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada, mereka berasa terpanggil untuk melakukan khidmat sosial untuk masyarakat dan menunjukkan sifat ihsan.

-Berusaha mengumpul pengalaman
Pengalaman adalah sesuatu yang perlu didalami dan menjadi harta yang berharga untuk mengharungi hari-hari mendatang.

-Perlukan masa
Dengan terlalu bergantung kepada kemudahan moden boleh menyebabkan seseorang kurang sifat sabar. Belia yang cemerlang tahu bahawa sesuatu yang terlalu cepat, tidak semestinya yang terbaik sebaliknya luangkan masa dan tenaga untuk mendalami ilmu dan memahaminya walaupun hasilnya tidak terus berada di depan mata.

Selain itu, seseorang perlu mempunyai sasaran hidup, sedia untuk berkolaborasi, sedia berdialong untuk membincangkan sesuatu isu dan berani mengambil risiko jika mahu berjaya.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES
Pusat Dialog Peradaban
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya