Ambil pembantu rumah dari Selatan Myanmar - Utusan Malaysia

Ambil pembantu rumah dari Selatan Myanmar

MENGAMBIL pembantu rumah daripada negara rumpun Melayu memberi banyak kelebihan termasuk dapat mengelak daripada masalah sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU pembantu rumah asing sedang hangat diperkatakan ketika ini dan nampaknya tiada kesudahan selagi hal berkaitan kos amah Indonesia yang terlalu tinggi tidak diselesaikan.

Disebabkan isu terbabit, ada syarikat ejen pembantu rumah mencadangkan diambil amah daripada Bangladesh memandangkan kos lebih murah kira-kira RM5,000.

Kerajaan perlu mengkaji perkara ini secara mendalam memandangkan ia akan melibatkan banyak isu di kemudian hari terutamanya komunikasi serta skop kerja mereka yang turut membabitkan mengasuh anak majikan.

Perlu faham bahawa kanak-kanak ini ibarat kain putih dan sekiranya dijaga oleh pembantu rumah warga asing berkemungkinan besar akan mendedahkan mereka kepada budaya tidak secocok dengan nilai kita.

Perkembangan berbahasa Melayu akan ‘rosak’ dan boleh dipengaruhi oleh bahasa rojak dari Bangladesh yang bukan dalam rumpun Melayu.

Bagi mengelak daripada masalah-masalah yang mungkin timbul, kerajaan sepatutnya membuka peluang kepada pelbagai negara lain termasuk dari Kemboja (Melayu Champa) dan Selatan Thailand atas faktor bahasa dan budaya serupa.

Setahu saya, komuniti di Selatan Myanmar ada yang berbangsa Melayu berketurunan Kedah. Mereka bercakap bahasa Melayu dengan loghat Kedah. Kenapa tidak buka peluang kepada mereka?

Sementara itu, banyak pilihan lagi seperti pembantu rumah dari Timor Leste untuk keluarga bukan Melayu. Isu komunikasi tidak menjadi masalah kerana bahasa Indonesia digunakan dengan meluas di negara itu.

Malah negara itu juga pernah mengusulkan untuk membekal pembantu rumah ke Malaysia pada 2016. – UTUSAN

MOHD. ZUL, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN