11 kompaun kepada peniaga Taman Puchong Utama

11 kompaun kepada peniaga Taman Puchong Utama

SEBUAH premis makanan diarahkan tutup serta merta selepas mendapat penilaian pemeriksaan markah di bawah 65 (Gred D) dan melanggar syarat lesen perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 31 Mac lalu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan yang tidak mematuhi syarat di sekitar kawasan komersial Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi dilaksanakan oleh 56 kakitangan MBSJ dari Jabatan Kesihatan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar serta Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 68 premis di Jalan PU 7/3 dan Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama diperiksa dengan sebuah premis makanan diarahkan tutup serta-merta selepas mendapat penilaian pemeriksaan markah di bawah 65 (Gred D) dan melanggar syarat lesen perniagaan.

Sebanyak 11 Notis Tawaran Kompaun (NTK) juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti premis tidak diselenggara dengan baik, pekerja tidak mendapatkan suntikan tifoid, tidak mempunyai tong sampah bertutup dan diselenggarakan dalam keadaan baik, mempamerkan iklan tanpa lesen sah daripada MBSJ, melanggar syarat lesen dan meletakkan barang yang berhubung dengan tred di tempat awam.

MBSJ akan terus melaksanakan pemantauan berkala di seluruh kawasan komersial di bawah pentadbiran MBSJ dan pemilik premis dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kami.-UTUSAN

AZFARIZAL ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat & Pengurusan Strategik MBSJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya