Tak perlu malu berucap bahasa Melayu

Tak perlu malu berucap bahasa Melayu

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) berucap dalam menggunakan bahasa Melayu dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha sempena Majlis Sambutan Rasmi Lawatan Perdana Menteri di Government House. – GAMBAR IHSAN PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar pimpinan utama negara bertutur dalam bahasa Melayu bagi semua urusan rasmi kerajaan di dalam dan luar negara termasuk persidangan antarabangsa. Dalam masa sama tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris mengikut situasi negara dikunjungi.

Bagi saya, ini salah satu cara bagi negara memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Ini adalah salah satu langkah proaktif bagi memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Jika dikaji, negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Rusia, Jerman dan banyak lagi menggunakan bahasa kebangsaan dalam siri lawatan rasmi ke luar negara.

Saya juga setuju dengan pendapat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Pengerusi  Lembaga Pengelolanya, Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan serta Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di mana penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa bukan langkah kebelakang dan bermasalah kerana kecanggihan teknologi ketika ini tidak menghalang untuk menterjemahkan bahasa Melayu dalam tempoh singkat dalam apa jua bahasa.

Ismai Sabri ketika kunjungan ke Kemboja dan Thailand bulan lalu memeranjatkan media asing yang mengikuti program rasmi itu dengan tampil berucap hanya dalam bahasa kebangsaan.

Beliau dalam sidang akhbar di Bangkok menjelaskan, tidak perlu berasa malu malah bangga kerana Malaysia harus menjuarai bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN.

Sama-sama kita terus martabatkan bahasa Melayu kita.-UTUSAN

DATUK ARMAND AZHA ABU HANIFAH, Ahli Dewan Negara & Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya