Ejaan betul ialah kereta api

Ejaan betul ialah kereta api

KESALAHAN bahasa yang terdapat pada papan tanda Stesen Kereta Api Arau, Perlis. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SALAH satu cara untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan menggunakan ejaan yang betul di mana sahaja termasuk pada papan tanda.

Walaupun negara kita sudah 64 tahun merdeka, saya perhatikan tahap penggunaan ejaan yang betul masih boleh dipertingkatkan lagi. Antara ejaan yang masih belum diperbetulkan ialah ‘keretapi’ di kesemua stesen kereta api di seluruh negara.

Perkara ini adalah di bawah tanggungjawab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Saya telah merakam sendiri gambar-gambar papan tanda di stesen kereta api di Shah Alam, Selangor dan juga di Arau, Perlis.

Di sini, ada dua perkara. Pertama, nama khas yang ditulis rapat seperti nama penuh KTMB. Namun untuk ejaan biasa, ia kenalah ditulis sebagai stesen kereta api, iaitu dua patah perkataan.

Sejujurnya, saya pernah memberi maklum balas kepada KTMB berkenaan isu ini melalui ciapan ke Twitter KTMB@ktm_berhad pada 2019 lagi.

Saya juga telah menghantar e-mel kepada callcenter@ktmb pada tahun sama. Namun, tiada apa-apa jawapan daripada pihak KTMB.

Tanpa berputus asa, saya menghantar lagi ciapan ke Twitter dan juga e-mel ke KTMB selepas itu dan menerima balasan melalui e-mel daripada Siti Marzatul Musa, pegawai di Unit Komunikasi Korporat KTMB.

Beliau menulis, “Perkara yang dibangkitkan telah KTMB rujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buat masa ini, pihak pengurusan KTMB mengambil maklum dan perhatian tinggi diberikan berhubung perkara ini.”

Beliau menambah, “Tindakan pembetulan penggunaan ejaan perkataan kereta api di stesen-stesen KTMB akan dilaksanakan secara berperingkat.”

Bagaimanapun, sehingga surat ini ditulis, masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak KTMB. – UTUSAN

KAMARUDDIN HASSAN, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya