Air jejas destinasi pelancongan Raub

Air jejas destinasi pelancongan Raub

RAUB berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pelancongan berasaskan alam semula jadi. – GAMBAR HIASAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAUB, Pahang terletak di antara pusat pelancongan paling popular iaitu Genting Highlands dan Cameron Highlands.

Bagaimanapun, kawasan tarikan seperti hutan lipur, air terjun, sungai dan gunung di daerah itu tidak diterokai atau dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat untuk memberi manfaat kepada ekonomi mereka.

Isu ketiadaan air yang sering melanda Raub mungkin menjadi faktor daerah itu kurang berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pelancongan meskipun berada di tengah-tengah laluan pelancongan tanah tinggi lain.

Walaupun kerajaan Pahang dikatakan telah mengambil beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah kekeruhan sumber air mentah yang mengalir ke beberapa loji rawatan air (LRA) di Raub serta memastikan bekalan air mencukupi, namun isu tersebut masih gagal diselesaikan.

Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk mengurangkan kadar kekeruhan tinggi pada sumber air mentah di situ.

Penduduk yang bermastautin di Raub sudah muak dengan janji-janji ahli politik berkaitan isu air.

Isu ini sering menjadi modal kempen dalam pilihan raya, kononnya akan diselesaikan secepat mungkin.

Tindakan seorang ahli Parlimen yang segera turun ke lapangan berkaitan isu penebangan dusun durian bersama seorang lagi ahli Parlimen dari Selangor pada 2021 begitu mendukacitakan penduduk tempatan.

Ini kerana isu yang lebih mendesak melibatkan bekalan air seolah-olah dipandang sepi dan tidak pula diangkat sebagai isu rakyat.

Selain itu, daerah berkenaan perlu diperindah sebaik mungkin. Ketiadaan lampu jalan bermula dari sempadan daerah Raub sehingga ke simpang cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di situ amat bahaya.

Ini memandangkan ia merupakan laluan utama ke destinasi pelancongan lain dan juga menjadi laluan ke Kelantan.

Landskap di sekitar Raub juga begitu suram dengan semak samun menghiasi bahu-bahu jalan. – UTUSAN

DR. ILYAS ABDULLAH, UiTM Pahang Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya