Hak istimewa Melayu, peribumi makin hilang

Hak istimewa Melayu, peribumi makin hilang

HANYA 18 peratus pegangan ekonomi milik orang Melayu dan bumiputera sementara 60 peratus adalah pegangan politik tetapi berpecah-belah. – UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELAIN isu bahasa Melayu yang seolah-olah semakin dipandang remeh, pelbagai lagi hak berkaitan Melayu atau bumiputera semakin terhakis.

Hak istimewa orang Melayu atau bumiputera banyak dipertikaikan malahan amalan dan cara hidup pun disalah erti. Banyak tanah milik orang Melayu diambil alih atas dasar pembangunan. Tanah dijual beli dengan harga yang rendah.

Malah segelintir rakyat semakin berani menghina institusi raja-raja Melayu. Kaum lain mempertikaikan hak, kuasa dan keistimewaan dan sanggup membawa ke mahkamah. Jika buka Facebook dan Instagram, kita dapat lihat pandangan kaum lain yang jelik terhadap institusi ini.

Apabila bercakap soal kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia menjadi isu kepada kaum lain terutama melibatkan kalimah Allah dan azan. Ada tempat ibadat dipergunakan dan dibaling dengan najis.

Begitu juga ancaman puak Syiah, liberalisasi dan Islam, ajaran sesat serta kemunculan agama yang seakan Islam sehingga rakyat menjadi kebingungan. Ada yang sanggup mengancam hingga mengeluarkan perkataan ‘langkah mayat aku dulu’ untuk menjadikan hukum Islam atau hudud sebagai hukum negara.

Masih ingat bagaimana sikap bangsa asing selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, pelbagai isu disiarkan di media sosial termasuk ibadah puasa, azan dan takbir. Mereka cuba mengapikan isu perkauman. Pelbagai pihak membuat laporan polis tetapi lambat diambil tindakan.

Jika dilihat tanah rizab Melayu dan aset berkaitan Melayu dan bumiputera di bandar sudah pupus sementara di pinggir bandar hampir pupus. Di kampung pula dipergunakan untuk tujuan pembangunan. Penduduk dipindahkan jauh untuk meneruskan hidup.

Bagaimana pula dengan pegangan ekonomi? Hanya 18 peratus sementara 60 peratus adalah pegangan politik tetapi berpecah-belah.

Soal perumahan hangat diperkatakan. Harga kediaman di Lembah Klang, Putrajaya, Johor Bahru dan beberapa bandar lain meningkat antara RM500,000 ke RM 1 juta sebuah. Mana harga mampu miliknya?

Harapan saya agar kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan bumiputera dapat buka mata dalam hal ini. Tanamkan semangat untuk membantu rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum dan darjat.-UTUSAN

GURU KAMPUNGAN
Kampung Selandar, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya