Haiwan peliharaan boleh hidap kanser.

Haiwan peliharaan boleh hidap kanser

PEMILIK haiwan perlu peka dan bertanggungjawab dengan memberi penjagaan optimum kepada haiwan peliharaan. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP individu yang mempunyai haiwan peliharaan harus sedar tanggungjawab dalam menjaga kebajikan haiwan berkenaan dengan memberi makanan mencukupi dari segi jumlah dan nutrisi serta pemeriksaan kesihatan berkala.

Seperti manusia, haiwan juga terdedah kepada pelbagai serangan penyakit termasuk kanser. Kanser adalah ketumbuhan sel yang tidak mengikut kadar normal.

Haiwan yang mengalami kanser dapat dikesan pertumbuhan tumor sekiranya dilakukan pemeriksaan lebih awal. Jangka hayat haiwan peliharaan yang pendek menyebabkan kanser boleh dikenal pasti lebih cepat.

Kanser pada haiwan termasuklah kanser tulang, kanser payu dara (mammari), kanser prostat dan kanser kulit. Doktor veterinar akan mengenal pasti pertumbuhan tumor pada haiwan melalui pemeriksaan sitologi, iaitu pemeriksaan bentuk sel yang diambil daripada ketumbuhan.

Selain sitologi, doktor veterinar juga akan menjalankan biopsi. Biopsi adalah pemeriksaan tisu kanser dan pemeriksaan ini bertujuan memahami keadaan serta tahap keterukan sesuatu kanser tersebut.

Rawatan kanser pada haiwan ini boleh dilakukan melalui kimoterapi atau pembedahan mahupun kombinasi antara pembedahan dan kimoterapi. Pada masa ini, kemajuan dalam bidang pembedahan memberi kelebihan kepada pakar haiwan untuk merawat dengan berkesan.

Namun begitu, terdapat beberapa amalan yang biasa dilakukan oleh tuan kepada haiwan peliharaan yang mungkin menyumbang kepada masalah kanser dan ia perlu dielakkan. Sebagai contoh, pengembirian. Pengembirian adalah pembedahan yang dilakukan pada organ reproduktif haiwan untuk menghalang pembiakan.

Pemilik haiwan perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan haiwan atau veterinar untuk mengetahui kesan pengembirian dengan lebih lanjut.

Kesihatan haiwan peliharaan sama penting seperti manusia. Haiwan tidak boleh bercakap untuk memberitahu kita mengenai masalah kesihatan yang dialami. Justeru, pemilik haiwan perlu lebih peka terhadap kesihatan haiwan peliharaan mereka.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, maka pengesanan dan rawatan awal penting untuk memastikan haiwan peliharaan kekal sihat dan sejahtera. Terdapat banyak rumah penjagaan haiwan terbiar yang memerlukan bantuan kewangan. Sebagai rakyat yang prihatin, boleh menyumbang bantuan untuk kesejahteraan sejagat.- UTUSAN

DR. SUJEY KUMAR RAJENDREN, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya