Virus komputer siapa peduli? - Utusan Malaysia

Virus komputer siapa peduli?

BERHATI-HATI menggunakan komputer dan telefon bimbit bagi mengelak ia dijangkiti virus. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA semua pihak sibuk membanteras virus Covid-19, para majikan tidak harus lupa untuk melindungi peralatan yang digunakan pekerja mereka daripada virus yang disebarkan oleh penjenayah siber.

Peranan pegawai keselamatan teknikal di setiap syarikat dan jabatan kerajaan adalah penting kerana boleh menjadi kunci untuk mengurangkan serangan siber khususnya yang melibatkan pecerobohan pancingan data dan perisian tebusan.

Setiap majikan perlu memberikan kakitangan panduan praktikal tentang perkara yang perlu dilakukan jika peranti mereka dijangkiti seperti memutuskan sambungan daripada internet dengan segera. Berikan butiran tentang siapa yang perlu dihubungi.

Hentikan budaya menyalahkan pekerja sebagai penyebab jangkitan dan langkah itu akan membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk melaporkan insiden dan bukannya berdiam diri.

Amalan keselamatan siber yang baik juga perlu dibuat termasuk menyahaktifkan perisian dan sistem yang telah tamat tempoh. Sebagai contoh, sokongan untuk Window 7 berakhir pada 11 November lalu.

Bagi yang terus menggunakan sistem operasi tersebut akan lebih terdedah kepada serangan siber.

Selain itu, mempunyai kata laluan kuat adalah cara terbaik untuk mengelak penjenayah siber menggodam data peribadi kita. Pada 2019, Pusat Keselamatan Siber Nasional United Kingdom mendedahkan kata laluan 123456 adalah yang paling banyak digodam iaitu sebanyak 23.2 juta akaun.

Pertimbangkan juga untuk mewujudkan salinan arkib tambahan pelayan utama dan set data disimpan di luar talian atau dalam bentuk yang tidak boleh diganggu oleh penjenayah yang memperoleh hak pentadbir domain.

Perlu juga berhati-hati dalam konfigurasi kawalan pancingan data e-mel. Tandakan e-mel yang berada di luar organisasi bagi memudahkan pekerja melaporkan dokumen yang mencurigakan.

Galakkan pemisahan yang lebih ketat antara peranti peribadi dan korporat termasuk meminta pekerja menggunakan peranti mereka sendiri untuk membuka e-mel persendirian.

DR. MAZIDAH MAT REJAB, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya