Vaksinasi: Cegah atau rebah rakyat? - Utusan Malaysia

Vaksinasi: Cegah atau rebah rakyat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini timbul spekulasi mengaitkan vaksin Covid-19  mengandungi bahan racun kimia dan spike protein. Perkembangan ini amat mengejutkan dan sebagai rakyat, kami mula merasakan ada sesuatu perkara yang mahu disembunyikan oleh kerajaan. 

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan adalah untuk menjaga kepentingan kesihatan dan nyawa rakyat. Justeru, satu penjelasan jujur harus diberikan supaya rakyat di luar sana mendapat kefahaman yang betul.

Ini kerana terdapat kemusykilan selepas banyak kematian mengejut dilaporkan sejak program vaksinasi dilaksanakan. Bahkan, difahamkan ada kes-kes yang tidak dilaporkan dalam media massa.

Malah, pelbagai mitos timbul sejak awal lagi sehingga mendapat pelbagai reaksi berhubung penghasilan vaksin Covid-19. Ini menimbulkan  kebimbangan terhadap keselamatan vaksin tersebut. 

Ini termasuk kes terbaharu membabitkan bapa Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin apabila pihak hospital mengesan advers susulan imunisasi (AEFI) selepas suntikan dos penggalak.

Diharap Kementerian Kesihatan terutama menterinya buka mata dan sedia mendengar rintihan dan kekesalan rakyat yang terkesan akibat kesan sampingan suntikan vaksin dan dos penggalak.

TOK WALI SONGE, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya