Usah sisih orang watak jahat - Utusan Malaysia

Usah sisih orang watak jahat

PERBUATAN vandalisme hanya dilakukan individu yang mempunyai perwatakan jahat. – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WATAK ialah satu cara untuk membezakan seseorang individu dengan individu lain. Watak merupakan satu perkara penting dalam diri setiap individu bagi mengenal personaliti diri kita.

Secara amnya, kitalah yang mengetahui diri kita sendiri. Namun, ada juga perwatakan yang baik serta jahat.

Perwatakan jahat seperti merompak, mencuri, melakukan vandalisme, membuli dan banyak lagi. Perbuatan ini bukan hanya jahat malah dibenci oleh masyarakat.

Tambahan pula, perbuatan-perbuatan begini melonjak sejak akhir-akhir ini dan mencuri pandangan masyarakat. Jadi, adakah kita sanggup hidup dalam keadaan tidak tenang?

Manusia suka mengeluh apabila dilanda masalah dilakukan individu mempunyai perwatakan jahat dan sifat ini dilarang kerana menunjukkan kita tidak tahu untuk bersyukur dengan kesenangan dinikmati sebelum ini.

Kita sebagai manusia tidak boleh sesekali berputus asa dengan Allah SWT dalam sesuatu perkara. Dalam pada itu, perwatakan baik adalah perwatakan yang menarik. Individu bersifat sedemikian sentiasa dihormati dan disanjungi.

Perwatakan baik adalah seperti menolong orang, simpati, penyayang dan banyak lagi. Setiap insan mestilah mempunyai perwatakan baik kerana ia melambangkan personaliti terbaik dalam diri kita.

Oleh itu, mari kita sama-sama memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Senang sahaja untuk memiliki perwatakan yang baik.

Pertama, kita mesti mengamalkan nilai-nilai murni. Selain itu, kita janganlah cepat menilai seseorang kerana secara dasarnya kita tidak tahu dia bagaimana.

Akhir sekali, jangan lupa untuk berkata terima kasih selepas mendapat apa-apa sekalipun pertolongan dan macam-macam lagi. Selain itu, adakah kita mempunyai kawan yang berperwatakan jahat?

Kalau ada, jangan tinggalkan tetapi bimbing ke arah kebaikan dengan mengajak mereka meninggalkan segala perbuatan jahat.

NURULHIJJAH MAKMUR, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya