TV, media sosial rosak minda kanak-kanak - Utusan Malaysia

TV, media sosial rosak minda kanak-kanak

KANAK- KANAK perlu dididik ke arah keimanan agar dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah.-UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pada 20 Disember lalu, Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar bertajuk Tanggungjawab kita pulih penjenayah kanak-kanak. Pada hemat saya, tulisan beliau sangat menarik terutama situasi keruntuhan akhlak dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat.

“Tiap-tiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menonton televisyen dan menggunakan media sosial secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh merosakkan jiwa dan akhlak mereka. Mereka mudah dipengaruhi oleh elemen keganasan, jenayah, seks atau lucah, politik dan masalah sosial lain.

Berlakunya konflik rumah tangga adalah natijah daripada longgarnya pegangan agama. Sesebuah rumah tangga sepatutnya dapat melahirkan insan yang soleh dan solehah. Apabila perkara ini tidak berlaku, maka lahirlah kanak-kanak menderhakai Allah SWT yang akhirnya memberi masalah kepada masyarakat.

Justeru, seseorang perlu bijak dalam memilih pasangan hidup sebelum melayari rumah tangga. Ini kerana pasangan yang mengutamakan ajaran Islam dapat mendidik anak-anak supaya bertakwa kepada Allah SWT. 

Perkara ini sudah dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara iaitu cantik, keturunan, harta dan agama.”          

ASWADYQALBINADA, Presiden Kelab Pelajar/Alumni OUM Alor Setar/Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya