Semakin ramai terima air kitar semula - Utusan Malaysia

Semakin ramai terima air kitar semula

RAKYAT sudah mula menerima penggunaan air kitar semula dalam kehidupan harian mereka. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SALAH satu cabaran pihak pengurusan air terawat adalah untuk memastikan kelangsungan bekalan itu dengan kuantiti mencukupi dan kualiti yang dapat diterima oleh pengguna.

Permintaan air dalam kalangan rakyat adalah agak tinggi berikutan peningkatan jumlah penduduk yang sehingga suku pertama 2021 seramai 32.75 juta orang.

Permintaan air bersih pada masa depan yang tinggi memaksa kerajaan mencari alternatif dan antaranya menggunakan air kitar semula dirawat. Ia melibatkan langkah mengambil air dari pelbagai sumber kemudian dirawat terlebih dahulu.

Di Jepun, penggunaan air kitar semula bagi tujuan selain minuman telah dilaksanakan di beberapa bandar sejak 1980 terutama bagi tujuan pam tandas dan pengairan.

Berdasarkan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030, Malaysia meletakkan sasaran untuk menggunakan kembali 33 peratus daripada jumlah air buangan terawat.

Kejayaan penggunaan air kitar semula bergantung pada penerimaan rakyat. Berdasarkan tinjauan dibuat sebelum ini menunjukkan keputusan yang positif terhadap penggunaan air kitar semula terawat bagi tujuan selain minuman.

Seramai 331 responden (33%) memilih skala empat iaitu pada tahap boleh diterima untuk menggunakan air kitar semula terawat berbanding hanya 26 responden (2.6%) yang memilih skala satu (paling tidak boleh diterima).

Dalam pada itu, kajian juga mendapati penduduk yang kerap mengalami masalah gangguan bekalan air lebih bersedia untuk menggunakan air jenis tersebut.

NUR AINA BACHI & PROF. MADYA DR. WAN HANNA MELINI WAN MOHTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya