Rakyat Malaysia memang pengotor - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia memang pengotor

AMALAN membuang sampah secara sembrono akan mengundang banjir di bandar dan kediaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELAIN pembangunan pesat, perbuatan membuang sampah di longkang, jalan raya dan ke dalam sungai didapati menjadi punca berlakunya banjir kilat di bandar raya di negara ini.

Baru-baru ini kawasan bandar seperti Shah Alam, Puchong dan Hulu Langat mengalami fenomena banjir yang luar biasa yang dikaitkan dengan hujan lebat sehingga menjejaskan kehidupan mangsa banjir yang mengalami kerosakan kediaman dan kenderaan.

Bahkan mereka perlu berhabis duit membaiki segala kerosakan dan membeli peralatan elektrik atau perabot yang baharu.

Hal ini tidak mungkin terjadi sekiranya pihak kerajaan Pusat atau negeri merancang pembangunan dengan baik dan tidak memikirkan pulangan keuntungan semata-mata dalam meluluskan sesuatu projek.

Malah, ia juga mungkin tidak akan terjadi sekiranya rakyat memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesan kepada alam sekitar sekiranya membuang sampah merata-rata.

Apa yang berlaku sudah cukup menggambarkan sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik terhadap aspek kebersihan. Selagi mereka tidak berubah sikap, sampai bila pun kita tidak boleh selesaikan masalah banjir kilat di beberapa kawasan di negeri.

Sedangkan kita semua sudah terdidik sejak dibangku sekolah tentang kepentingan amalan menjaga alam sekitar dan keburukan membuang sampah secara semboro. Namun ia hanya di praktikan semasa di sekolah dan apabila dewasa amalan itu dilupakan.

Ia terbukti dengan banyaknya puntung rokok, plastik dan kertas makanan serta minuman yang dibuang ditepi jalan, di longkang mahupun atas jalan raya ketika menaiki kenderaan. Betapa pengotornya rakyat Malaysia yang tidak kisah akan nilai kebersihan.

Tindakan membuang longgokan sampah ke longkang dan sungai juga menyumbang kepada berlakunya banjir. Jangan gunakan alasan operator sampah tidak mengutip sampah di kawasan kediaman sedangkan sudah diberitahu mengenai jadual pungutan sampah. Jadi, buanglah sampah ke tong di luar rumah pada masa yang sesuai.

Semoga kejadian banjir yang berlaku ini menjadi pengajaran berguna buat seluruh rakyat Malaysia.

Praktikanlah semula amalan membuang sampah yang betul seperti diajar di sekolah dalam kehidupan hari ini. Didiklah juga anak-anak agar menghargai alam sekitar dan pupuk kesedaran sivik dalam diri mereka sejak kecil.  

NAZ KHALID, Bagan Serai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya