Payah sangatkah nak senyum? - Utusan Malaysia

Payah sangatkah nak senyum?

SENYUMAN menunjukkan seseorang itu sedang gembira.– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANDA permulaan kebahagiaan adalah dengan senyum. Senyuman merupakan satu tanda yang menunjukkan seseorang sedang berasa gembira dan seronok.

Ia mungkin terlihat sebagai perkara yang mudah dan remeh akan tetapi tanpa kita sedar, senyuman yang terukir di bibir bukan sahaja mampu membahagiakan diri malah mampu mempengaruhi orang di sekeliling kita.

Senyum boleh dikategorikan sebagai sekecil-kecil amalan yang mudah dilakukan dalam kehidupan seharian yang membawa impak dan kuasa besar kepada orang lain khususnya penerima senyuman.

Seperti sabda Rasulullah SAW daripada hadis riwayat Muslim yang maksudnya: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis.”

Pentingnya amalan senyum dapat dibuktikan melalui penggunaannya secara meluas dalam pelbagai aspek kehidupan seharian.

Dari sudut kesihatan, senyuman bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah tinggi ke otak.

Hal ini kerana apabila seseorang senyum, ia secara tidak langsung melakukan senaman dalaman yang merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan hormon.

Ketika senyum, hanya 17 otot muka yang digunakan berbanding mengerutkan dahi iaitu 43 otot.

Selain itu, dalam bidang pekerjaan, mempamerkan air muka yang mesra dan senyum adalah salah satu ciri keterampilan diri yang positif.

Orang yang sentiasa gembira dan ceria dengan pekerjaannya akan mudah tersenyum, manakala orang yang tidak bahagia dengan pekerjaannya tidak akan mampu mengukir senyuman.

Pada masa sama, senyum menandakan kita hormat kepada seseorang. Kesimpulannya, senyum adalah perkara percuma yang boleh dimiliki oleh semua orang.

Oleh itu, semua insan perlulah mengamalkan senyuman kerana ia mendatangkan banyak manfaat dan faedah daripadanya.

Jadilah kita insan yang memulakan senyuman kepada yang lain kerana senyuman mampu mengubah dunia.

NURUL AFINA KAMARUL AZHAR, Nilai, Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya