Padah sikap tidak hargai alam - Utusan Malaysia

Padah sikap tidak hargai alam

BERKESANKAH kempen kesedaran untuk menjaga alam sekitar? – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pada 18 Disember lalu, kita dikejutkan dengan banjir kilat di Shah Alam dan Hulu Langat, Selangor serta beberapa kawasan di Pahang.

Seperti negara-negara jiran Asia Tenggara lain, Malaysia memang terdedah dengan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu dan pencemaran air. Difahamkan sehingga 2018, kita mengalami 51 bencana alam yang meragut 281 nyawa, menjejaskan tiga juta orang dan menyebabkan kerugian sekitar RM8 bilion.

Walaupun sudah banyak kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar diadakan, masih ada lagi pencemaran yang kita alami seperti pencemaran udara, air, bunyi sehinggalah pencemaran sampah sarap yang seolah-olah tiada henti.

Kita dapat menyaksikan timbunan sampah di pagar-pagar tepi sungai selepas banjir kilat yang baru berlaku. Sikap suka membuang sampah merata-rata yang seterusnya memasuki longkang dan sungai menjadi faktor banjir kilat meningkat.

Kenapa tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap begitu rendah dan sangat mengecewakan? Usaha-usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak lain untuk mewujudkan kesedaran ini umpama mencurah air ke daun keladi.

Kita selalu melihat perlakuan orang ramai mencampak sampah ke luar kereta atau membiarkannya di atas meja atau di tempat duduk kawasan rekreasi dengan andaian ada pihak yang akan membersihkan dan menguruskannya.

Itulah ancaman terbesar yang berlaku pada bumi ini kerana menganggap orang lain akan menyelamatkan bumi kita.

MONA ZAMIRA MOHD. JAMIL, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya