Henti minta sedekah secara kasar - Utusan Malaysia

Henti minta sedekah secara kasar

TANGKAP layar video menunjukkan kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya meminta sedekah seperti yang tular baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini tular di platform media sosial berkenaan video seorang kanak-kanak etnik Rohingya meminta sedekah dengan cara kasar di Kuala Lumpur.

Perbuatan kanak-kanak tersebut seolah-olah mahu memecahkan tingkap kereta pengguna jalan raya dengan cara mengetuk tingkap sambil menuding jari ke arah pemandu kereta dan membuat memek muka seperti samseng.

Menerusi video tersebut, kita mendapati kanak-kanak tersebut tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana perbuatan terbabit boleh mencemarkan imej negara.

Selain itu, perbuatan sedemikian boleh membahayakan nyawa sendiri kerana kanak-kanak berkenaan berlegar-legar di tengah-tengah jalan raya berhampiran lampu isyarat.

Meminta sedekah bukan budaya yang digalakkan di Malaysia, apatah lagi dengan meminta secara kasar sehingga boleh menakutkan pengguna jalan raya. Setelah beberapa hari video itu ditularkan, kanak-kanak tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Ekoran pendedahan video itu, ramai meminta supaya pihak berkuasa terus menangani perbuatan tersebut dan menangkap ketua kumpulan yang menjalankan kegiatan meminta sedekah daripada terus berleluasa.

Amalan meminta sedekah atau mengemis sepatutnya dilarang. Namun, jika terdapat keperluan mendesak untuk meminta derma maka ia adalah dibolehkan tetapi secara berhemah dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Sebagai orang Islam Muslim, kita digalakkan untuk memberi sedekah kepada golongan memerlukan dan janganlah pula mereka meminta-minta seperti pengemis.

NUR SYAFIQAH MOHAMAD ZAIN, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya