Carut kini ‘menu’ wajib - Utusan Malaysia

Carut kini ‘menu’ wajib

MENJADI tanggungjawab seseorang untuk menegur ahli keluarga atau rakan sekiranya mereka menggunakan bahasa kesat demi kebaikan bersama.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Mengapa mencarut dilabelkan sebagai makanan wajib? Ini kerana mencarut sudah pun menjadi rutin harian kita untuk menyebutnya dalam pelbagai keadaan sekalipun.

Tambahan pula, ia bukan hanya diucap tetapi ditulis seperti boleh dilihat di dinding tandas dan tempat awam lain serta pelbagai platform media sosial sekali gus menunjukkan akhlak manusia semakin mundur.

Remaja tidak kira lelaki mahupun perempuan menggunakan perkataan kesat apabila berjumpa kawan-kawan. Paling parah dan mengejutkan apabila kanak-kanak berusia lima atau enam tahun sudah pun menggunakan kata-kata carutan. Di sini kita boleh lihat betapa besar dan dahsyatnya pengaruh ucapan dilontarkan oleh orang yang paling dekat seperti keluarga dan kawan.

Walaupun kadang-kadang penggunaan perkataan ini hanya sekadar gurauan tetapi akan membawa kesan amat buruk kepada kehidupan pada masa akan datang.

Perkataan tidak baik yang dilontarkan selalunya akan membuat hati seseorang tergores. Namun, apabila ia dianggap biasa, maka semuanya nampak betul dan baik-baik sahaja. Adakah perlu membiarkan hal sebegini terus-terus menjadi makanan wajib kita? 

Tidak! Jangan biarkan sesiapa leka dalam dunia carutan seperti mereka hanyut dalam dunia khayalan sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kita boleh lihat dengan jelas bahawa Islam mengajar supaya berkata perkataan yang baik dan apabila tidak mampu, maka perlulah berdiam diri. Ini adalah salah satu ajaran Islam yang boleh kita amalkan untuk mengelak segala kejahatan seperti pergaduhan dan menyakiti hati orang lain.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengubah cara dengan berkata-kata yang  berfaedah dan boleh mendatangkan pahala kepada umat Islam seperti berzikir. Kita juga perlu memberanikan diri untuk menegur seseorang yang menggunakan kata-kata kesat terutamanya orang paling rapat demi kebaikan bersama. 

NURULHIJJAH MAKMUR, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya