Bukan satu lubang, tapi banyak di BTHO - Utusan Malaysia

Bukan satu lubang, tapi banyak di BTHO

KEADAAN jalan berlubang di Lebuh Utama Tun Hussein Onn di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor yang menggusarkan penduduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

BARU-BARU ini saya memandu kereta menuju ke rumah melalui Lebuh Utama Tun Hussein Onn di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Saya dapati jalan di kawasan perumahan tersebut amat teruk dengan banyaknya jalan berlubang.

Keadaan ketika itu hujan renyai dan lampu jalan raya tidak semua berfungsi sepenuhnya sekali gus membuatkan penglihatan saya terhad.

Sedang saya menikmati pemanduan, secara tiba-tiba saya terlanggar lubang yang tidak tahu dari mana datangnya sambil mendengar bunyi dentuman kuat. 

Saya berhenti di bahu jalan dan melihat keadaan tayar yang sudah pecah angkara jalan berlubang. 

Tidak semena-mena saya terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membeli sebuah tayar baharu.

Bukan hanya satu jalan berlubang, tetapi banyak di kawasan sekitar dan rata-rata tahap kedalamnya agak dalam sedangkan laluan tersebut merupakan laluan utama penduduk di kawasan  ini.

Bayangkan sekiranya penunggang motorsikal  atau basikal melalui jalan tersebut. Ia boleh mengundang kemalangan terutama ketika waktu malam.

Kerosakan jalan itu juga terlalu kerap berulang sehingga penduduk naik muak untuk membuat aduan kerana ia dilihat bagai tiada penghujung kerana kebanyakannya lambat diselesaikan berikutan ketiadaan penyelarasan bagi setiap aduan jalan rosak.

Perkara ini sepatutnya tidak terjadi jika Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan berkala di jalan raya seliaan mereka. 

Janganlah hanya menunggu aduan daripada pembayar cukai jalan raya ini atau ada kes kemalangan baru hendak bertindak.

ZUL, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya