Baik bersih nama di mahkamah - Utusan Malaysia

Baik bersih nama di mahkamah

TOHMAHAN menyatakan SPRM menyalahgunakan kuasa adalah tidak wajar. – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menuduh dua individu, termasuk seorang bekas setiausaha politik atas tiga pertuduhan bersubahat meminta wang rasuah bernilai RM55,000 sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kesalahan berkaitan pekerja asing kepada Jabatan Imigresen.

Usaha SPRM untuk mendapatkan izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk menuduh kedua-dua individu berkenaan sepatutnya dipuji, namun ada pihak melihatnya sebagai tindakan bermotifkan dendam peribadi.

Masyarakat boleh menyemak rekod prestasi SPRM yang jelas membuktikan sesiapa sahaja akan disiasat oleh suruhanjaya itu malah dituduh atas kebenaran AGC sekiranya didapati terlibat dalam kes rasuah berdasarkan hasil siasatan dan bukti.

Jika melihat kembali kepada kes-kes disiasat oleh SPRM sebelum ini, suruhanjaya tersebut tidak pernah tunduk atau akur kepada arahan individu atau pihak tertentu kerana ia bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.

Berpandukan sistem pengasingan kuasa di negara ini, suruhanjaya tersebut hanya berkuasa untuk menjalankan siasatan manakala keputusan untuk pendakwaan di mahkamah pula bergantung kepada AGC.

Justeru, semua pihak perlu mengetahui dan menghormati fungsi SPRM sebagai agensi yang hanya berkuasa untuk menjalankan siasatan berkaitan kes-kes rasuah dan tidak berkuasa dalam membuat sebarang keputusan dari segi pendakwaan.

Oleh yang demikian, tidak timbul isu atau tohmahan berkaitan konspirasi, dendam atau salah guna kuasa kerana setiap siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan bukti dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Tidak kira mana-mana individu, setiap proses undang-undang perlu dipatuhi dan sekiranya tidak bersalah, buktikan di mahkamah bagi membersihkan nama dan diri sendiri.

HARIZAL LONG, Sungai Buloh, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya