Terokai sejarah mukim di Perlis - Utusan Malaysia

Terokai sejarah mukim di Perlis

PERLIS meninggalkan banyak sejarah yang perlu diterokai dan didokumentasi agar tidak terus hilang. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBANYAKAN generasi muda tidak mengetahui tentang kewujudan mukim di Perlis. Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, Perlis tidak berkecuali menerima tempias. Walaupun pada permulaan pandemik, Perlis agak terkawal.

Penularan pandemik ini menyebabkan istilah ‘mukim’ menjadi popular. Ini kerana Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
mengeluarkan data kes berdasarkan mukim. Sedangkan sebelumnya, rata-rata generasi muda hanya tahu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Persoalannya, dari manakah bermula kewujudan mukim ini? Menurut Ahmad Ismail dan Yazid Mat dalam buku Perlis Indera Kayangan Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat, mukim bermula sejak zaman pemerintahan raja pertama, Syed Husain Syed Harun.

Pembentukan mukim-mukim ini bertujuan memperkukuhkan sistem pentadbiran pemerintahan baginda.

Terdapat 22 buah mukim yang dibentuk oleh baginda iaitu Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Paya, Padang Siding, Abi, Padang Pauh, Ngulang, Oran, Kurung Batang, Arau, Kechor, Sena, Sungai Adam, Kurung Anai, Jejawi, Kuala Perlis, Wang Bintong, Seriap (Seriab), Kayang, Utan Aji dan Sanglang. Mukim yang paling besar ialah Titi Tinggi.

Setiap mukim diurus oleh penghulu yang dilantik oleh baginda sendiri. Penghulupenghulu tersebut merupakan kaum kerabat baginda dan ahli keluarga Datuk Arau (dikenali sebagai Perdana Menteri Perlis ketika itu).

Sehingga hari ini, mukim-mukim tersebut masih wujud. Tidak kurang juga sejarah yang ditinggalkannya terlalu banyak. Sejarah setiap mukim ini perlu diterokai. Pihak berwajib terutama kerajaan negeri tidak sewajarnya membiarkan sejarah itu berlalu pergi bersama waktu.

Sejarah kewujudannya perlu diterokai dan didokumenkan buat tatapan generasi akan datang. Semua pihak bertanggungjawab memelihara sejarah yang ditinggalkan. Salah satu cara adalah dengan memelihara sejarah iaitu melalui penulisan dan didokumenkan.

Tanpa menulis dan didokumentasikan, sesuatu sejarah itu akan terus hilang.

AJK PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya