Terlalu mudah lafaz nazar tanpa berfikir - Utusan Malaysia

Terlalu mudah lafaz nazar tanpa berfikir

TANGKAP layar seorang lelaki yang memberi alasan sesak nafas ekoran tidak dapat menunaikan janjinya berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru selepas Johor Darul Takzim (JDT) tewas dalam final Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SINDROM bernazar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ia seolah-olah lafaz kata yang boleh dijadikan bahan senda gurauan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

Dari sudut pandang hukum syarak, perbuatan nazar yang berlawanan logik akal adalah bercanggah malah boleh dianggap tercela dan sewajarnya dijauhkan.

Mengikut makna secara zahirnya bagi lafaz seperti bersumpah, kata janji dan nazar hampir sama serta tidak jauh bezanya kerana ia tetap mesti dilaksanakan kecuali dalam perkara maksiat. Bak pepatah lama orang dahulu kala, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mulut binasa.

Hal ini dinyatakan dalam al-Quran di hujung akhir ayat ke-29 surah al-Haj yang bermaksud: “Hendaklah mereka menyempurnakan nazar atau sumpah dan kata janji mereka itu.”

Ayat tersebut juga sebagai respons terhadap satu klip video Tiktok yang tular. Berdasarkan pengakuan individu tersebut, sekiranya KL City menjadi juara Piala Malaysia, dia sanggup berbogel berjalan kaki dari Kuala Lumpur hingga Johor Bahru. Mungkin dia membayangkan tidak mungkin Johor Darul Takzim (JDT) kalah dalam perlawanan itu.

Justeru, detiknya sudah pun tiba untuk individu berkenaan melunaskan kemampuan fizikalnya dengan berbogel berjalan kaki dari Lembah Klang ke Johor Bahru.

Mudah-mudahan apa yang telah dilakukannya mendatangkan keinsafan bahawa dunia ini sebenarnya terlalu kecil buat manusia yang menumpang.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya