Terkena batang hidung Pas? - Utusan Malaysia

Terkena batang hidung Pas?

RAKYAT kembali memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas kecewa dengan amalan melompat parti. -GAMBAR HIASAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA  PENGARANG,

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) Melaka pada 20 November lalu menjadi pengajaran buat Perikatan Nasional (PN) selepas tewas teruk.

Ketika itu, rakyat memilih untuk ‘menjatuhkan hukum’ ke atas gagasan politik PN yang menerima ‘katak’ yang melompat parti.

Pas pula dilihat berada dalam dilema kerana pada PRN itu, PN telah memecah-belahkan hak undi melalui pemilihan calon.

Artikel Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk Mufakat Nasional dan Perikatan Nasional Jangan Berdilema seakan-akan terkena pada batang hidung Pas sendiri,

Dalam artikel itu, Abdul Hadi memetik surah Ali Imran ayat 103: Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan antara hati kalian (sehingga kalian bersatu padu dengan ni‘mat Islam), maka jadilah kalian dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Berdasarkan apa yang berlaku, PN boleh diibaratkan seperti cakap tidak serupa bikin dalam usaha penyatuan umat Islam.

Ini kerana Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara UMNO dan Pas demi memperjuangkan Islam dan menyatupadukan ummah sudah tiada nilai apabila Pas memilih untuk bersama PN.

AHLI AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya