Sudah masanya hapuskan penguasaan kartel - Utusan Malaysia

Sudah masanya hapuskan penguasaan kartel

KEWUJUDAN kartel atau orang tengah menjadi punca kenaikan harga barangan di pasaran. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENAIKAN harga barang sudah menjadi barah terutama menjelang tahun baharu. Trend kenaikan harga barang terutama barang runcit dan keperluan harian kerap kali berlaku semasa musim perayaan dan musim hujan.

Orang tengah dalam industri pertanian dan penternakan seolah-olah kebal serta sukar ‘disentuh.’ Tambahan pula, mereka mempunyai pelbagai alasan untuk menaikkan harga sesuka hati.

Kerajaan harus melihat isu orang tengah atau kartel dalam menguruskan rangkaian pemasaran produk pertanian dan penternakan tempatan ini sebagai ancaman terhadap ekonomi rakyat dan negara.

Perbezaan harga yang besar ini sudah tentu dimanipulasikan oleh orang tengah yang mahukan keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi rakyat, kenaikan berganda ini tidak boleh diterima sementelah ketika semua dalam kesempitan hidup.

Kerajaan perlu mencari kaedah supaya orang tengah tidak memonopoli sesuatu rantaian perniagaan terutama barangan keperluan harian. Kalau boleh, pasarkan terus dari kawasan ladang atau penternakan tanpa melalui orang tengah dengan memperkasakan kembali peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai pusat mengumpul hasil pertanian secara mega.

Selain itu, kerajaan disaran tidak mudah tunduk atau menyerah kalah kepada orang tengah yang seakan-akan memanipulasi harga terutamanya barang kawalan. Kenaikan sedikit memang wajar dipertimbangkan, tetapi kalau sudah tidak masuk akal dan berganda, memang patut disekat dan tidak dilayan.

Ini kerana peranan orang tengah atau kartel dikhuatiri akan melumpuhkan pasaran produk pertanian tempatan kerana mereka menguasai pasar raya dan mampu mengawal turun naik harga di pasaran tempatan.

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya