Sampai bila Melayu nak berpecah? - Utusan Malaysia

Sampai bila Melayu nak berpecah?

UTUSAN Malaysia 4 Disember 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin mengulas artikel bertajuk Malaysia Perlu Formula Penyatuan Bangsa yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 4 Disember lalu yang ditulis oleh Ku Hasnan Ku Halim dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dalam artikel tersebut, Ku Hasnan menjelaskan, perpaduan nasional yang terhasil daripada pembentukan negara bangsa dan doktrin Rukun Negara selain semangat Keluarga Malaysia nyata berjaya menjadi satu matlamat utama dalam usaha membentuk negara yang teguh, bersatu padu, utuh dan selamat dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan, Malaysia mempunyai proses dan acuannya tersendiri untuk merangka perpaduan dan integrasi iaitu menerusi amalan demokrasi permuafakatan yang bertanggungjawab membentuk corak hubungan etnik.

Ku Hasnan juga berharap seluruh generasi selepas merdeka memahami secara terperinci mengenai prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Keluarga Malaysia.

Pun begitu, saya berpendapat, cara atau jalan untuk menuju perpaduan adalah melalui kepimpinan dan permainan politik yang sihat. Itu adalah keutamaan yang perlu diambil berat.

Ia boleh dilakukan melalui kerjasama setiap parti politik tidak kira menang atau kalah selepas tamatnya pilihan raya demi memperlihatkan sokongan serta menjaga kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara.

Namun, ia tidak boleh direalisasikan sekiranya masih wujud ketegangan dalam permainan politik yang boleh menimbulkan sentimen ketidakpuasan hati atau membakar semangat yang boleh mencetuskan suasana tidak sihat. Dan selagi itulah apa yang dikatakan penyatuan bangsa memang sukar direalisasikan. 

Saya juga berpandangan, isu pendidikan di sekolah tidak menjadi masalah sebaliknya kepimpinan ahli politik memainkan peranan penting dalam menuju kematangan bagi mewujudkan kestabilan dan seterusnya menjamin wajah-wajah pengukuhan dan perpaduan bangsa serta keamanan negara yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Selain itu, sikap dan pendirian pemimpin politik seharusnya bertunjangkan kejujuran serta keikhlasan yang tinggi demi kebaikan semua pihak secara umumnya. 

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya