Petugas kaunter hospital biadab - Utusan Malaysia

Petugas kaunter hospital biadab

WALAUPUN dihimpit bebanan tugasan dan keletihan, namun tindakan melayan waris dan pesakit secara tidak sopan boleh menjejaskan reputasi sesebuah hospital.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PIHAK pengurusan di sebuah hospital kerajaan di Alor Setar, Kedah diminta mengambil perhatian serius mengenai sikap seorang pembantu tadbir rendah yang ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran masuk ke klinik pakar kerana bertindak kasar. Dia cuba mengherdik dan menyergah dengan nada tinggi ketika orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku pada 12 Disember lalu, kira-kira pukul 7.30 pagi. Ketika itu, seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) pengsan, difahamkan  kerana berdiri terlalu lama semasa beratur. 

Sebagai penjawat awam, petugas hospital itu harus bijak mengawal situasi semasa pandemik Covid-19. Ia bukanlah alasan boleh diterima apabila kakitangan wanita berkenaan bertindak kurang sopan dan tiada sikit pun menjaga perasaan pesakit atau waris.

Melalui pemerhatian saya sendiri, orang ramai mula beratur sejak awal pagi lagi iaitu pukul 6.45 pagi dengan mengikuti penjarakan fizikal satu meter. 

Selaras dengan budaya penyampaian khidmat awam, maka adalah sangat tidak wajar sama sekali petugas terbabit melayani dengan cara yang amat kurang sopan di hadapan waris ataupun pesakit.

Saya kesal dengan apa yang berlaku dan diharapkan petugas wanita tersebut sedar dan insaf bahawa setiap tugasan serta tanggungjawab yang diberikan kepadanya merupakan suatu amanah. Jadi, janganlah memandang rendah kedudukan orang lain. 

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Seberang Perai Utara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya