Perlu tegas, berani pertahan Islam - Utusan Malaysia

Perlu tegas, berani pertahan Islam

UTUSAN Malaysia 14 Disember 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENGENAI artikel bertajuk Bukan dongeng Melayu tolak agama yang diterbitkan dalam ruangan ini pada 14 Disember lalu, saya berpendapat, mereka yang menolak agama disebabkan tiada pendidikan serta pengajaran dari segi akidah sempurna iaitu fahaman dan kepercayaan terhadap Pencipta.

Kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan agama tidak diperlukan dalam kehidupan mungkin kerana mereka beranggapan Islam sama sahaja dengan agama-agama lain.

Apa yang jelas dan yang nyata, Islam adalah satu kepercayaan yang bersifat wahyu iaitu bukan ciptaan manusia.

Mufti, ulama serta jabatan agama Islam seharusnya memainkan peranan lebih berani dan tegas terhadap kedudukan sebenar Islam dengan memberi penjelasan tentang apa jua kejadian atau ciptaan yang dapat dilihat atau tidak berdasarkan roh Islam.

Maka dengan itu, fahaman terhadap Islam terserlah serta terbuka luas yang akhirnya akan wujud kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap agama itu. Apabila fahaman dari segi akidah adalah cetek, maka pegangan syariat akan lemah.

Pada pendapat saya, lebih baik mencegah daripada menghukum. Samalah juga dengan penglibatan dalam fahaman Syiah. Sepatutnya ia perlu dijelaskan dalam khutbah Jumaat tetapi kita membiarkannya berlaku dalam masyarakat Melayu.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya