Penduduk Bandar Serenia bergelap lebih 72 jam - Utusan Malaysia

Penduduk Bandar Serenia bergelap lebih 72 jam

KEADAAN Bandar Serenia di Sepang, Selangor yang bergelap ekoran ketiadaan bekalan elektrik selama lebih 72 jam sejak 18 Disember 2021 lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI daripada Persatuan-Persatuan Penduduk Bandar Serenia di Sepang, Selangor, kawasan perumahan yang dibangunkan oleh Sime Darby Property Berhad, menzahirkan rasa dukacita diatas ketiadaan bekalan elektrik yang terputus lebih 72 jam (3 hari) sejak 18 Disember 2021, Ahad 2 pagi.

Kami faham keadaan yang meruncing akibat bencana banjir kali ini menyebabkan banyak pihak terjejas. Namun, apa yang mengecewakan penduduk ialah tiada seorang wakil pun daripada pihak pemaju dan berwajib yang datang melihat keadaan atau menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Kami difahamkan sebanyak 620 buah rumah yang melibatkan Fasa Amani dan Adiva telah menyatakan kegusaran terhadap pihak berkaitan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak pemaju yang tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menangani masalah ini sejak kami terputus bekalan eletrik.

Ada diantara kami yang telah mencuba berulang kali untuk menghubungi TNB Careline namun masih belum mendapat maklumbalas yang memuaskan bagi menyelesaikan masalah ini sedangkan bekalan elektrik di sekitar kawasan penempatan ini telahpun pulih seperti biasa.

Dalam masa yang sama, ketiadaan bekalan elektrik juga juga menyukarkan urusan harian penduduk dalam meneruskan aktiviti seharian seperti terpaksa bekerja daripada rumah, penyediaan bahan makanan, dan mendatangkan risiko-risiko baharu yang terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak lebih-lebih lagi pada waktu malam. Kami bimbang jika keadaan ini berterusan, akan berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecurian atau jenayah kerana ada di antara penduduk yang mengambil inisiatif meninggalkan kediaman.

Ketiadaan maklumat awal dan tindakan susulan daripada pihak pemaju mengenai situasi telah mewujudkan situasi tidak menentu kepada warga penduduk Bandar Serenia.

Oleh yang demikian, kami menyeru pihak yang berwajib agar tampil dan bertindak untuk membantu memberi pertolongan kepada kami.

Pada kesempatan ini juga, kami para penduduk di Bandar Serenia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota keselamatan yang telah bertungkus lumus dalam usaha membantu mangsa dan golongan yang terkesan akibat banjir khususnya di sekitar Dengkil, Klang, Selangor dan  Kuala Lumpur serta enam buah negeri di Semenanjung yang terlibat.

PERSATUAN PENDUDUK SERENIA ADIVA, Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya