Pastikan tahu hak kita sebelum beli - Utusan Malaysia

Pastikan tahu hak kita sebelum beli

ORANG ramai perlu bijak dalam mempraktikkan hak sebagai pengguna sebelum membeli dan menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan.UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTAMA sekali, baguslah jika kerajaan sudah sedar dan berjanji akan berusaha untuk menurunkan harga barang agar dapat mengurangkan bebanan rakyat lebih-lebih lagi ketika masih ramai yang terkesan dengan kos sara hidup akibat Covid-19.

Jadi, sebagai pengguna, kita perlu menumpukan perhatian dalam isu kenaikan harga barang. Ini kerana pengguna memiliki peranan dan tanggungjawab dalam pembangunan ekonomi negara. 

Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, maklumat yang benar-benar bererti dan tepat serta perlindungan undang-undang lebih berkesan diperlukan demi membela kepentingan pengguna. 

Kepentingan pengguna hendaklah diletakkan serta diberi perhatian sama seperti kepentingan peniaga, buruh dan kerajaan. Jaminan hak mestilah diberikan kepada pengguna untuk mengambil bahagian dalam jentera bagi memaju dan melaksanakan dasar kerajaan. 

Oleh itu, orang ramai harus sedar hak mereka sebagai pengguna untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang selamat. Suara mereka harus didengar, diberi kebebasan memilih, diberitahu maklumat tepat  selain layak mendapat barangan bermutu serta dilayan dengan baik ketika membeli.

Jadi, pengguna wajar menuntut atau memastikan memperoleh beberapa kelebihan ketika proses jual beli oleh peniaga. Antaranya: 

 – Hak dilindungi kesihatan dan keselamatan. Pengguna perlu peka terhadap sebarang kesan buruk akibat sesuatu produk atau perkhidmatan disebabkan kemajuan teknologi.

– Pengguna harus pastikan peniaga atau pengilang hanya mengeluarkan barangan yang memenuhi mutu pengeluaran pada harga paling rendah. 

– Jangan lupa dapatkan pandangan pengguna dan kumpulan-kumpulan lain bagi memastikan tidak ditipu selain berpuas hati dengan mutu pengeluaran sesuatu produk.

– Minta peniaga untuk memudah, menerang dan menghormati jaminan  diberi terhadap barang-barang yang dijual oleh mereka.  

– Pengguna boleh menyarankan peniaga atau pengilang untuk meningkatkan mutu dan mengenakan harga berpatutan bagi perkhidmatan dan memperbaiki barangan perniagaan mereka.

– Pastikan peka dengan amalan menipu dan putar belit oleh peniaga untuk melariskan produk.

– Pastikan peniaga menyediakan maklumat lengkap mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. 

– Minta peniaga masa untuk membuat perbandingan harga dan jenis barangan. 

– Pastikan peniaga menyediakan saluran-saluran berkesan bagi menerima dan bertindak terhadap aduan dan cadangan oleh pengguna.

– Akhir sekali, peniaga perlu memastikan kakitangan jualan mengetahui kemampuan produk keluaran supaya dapat menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan tepat.

BULBIR SINGH, Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya