Pandai berjanji senang menang - Utusan Malaysia

Pandai berjanji senang menang

PERJALANAN sidang Dewan Rakyat sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SABTU ini, pengundi di Sarawak akan memilih wakil rakyat masing-masing. Untuk menang kategori mudah dalam pilihan raya negeri (PRN), semua calon perlu pandai berjanji itu dan ini bagi memperoleh undi terbanyak.

Mereka yang tidak pandai berjanji ketika berkempen kemungkinan boleh tewas dengan mudah. Sebelum ini PRN Melaka diadakan.

Ramai juga calon kalah setelah mencuba nasib termasuk dari Pas walaupun setelah manifesto dikeluarkan kerana ada rakyat tidak hairan lagi dengan pelbagai janji menarik.

Sebenarnya, sesiapa sahaja termasuk warga emas boleh menjadi wakil rakyat tetapi cita-cita itu tidak dapat dicapai dengan mudah jika mereka kurang pandai berjanji.

Sekarang banyak parti politik mula meletakkan calon orang muda untuk bertanding kerana wakil rakyat yang lama di kawasan masing-masing sudah hendak jadi warga emas.

Ada juga calon yang baru sahaja dipilih sebagai wakil rakyat kerana pandai berjanji tetapi bertindak sebaliknya dengan mengeluarkan idea berserabut hingga kadangkala berbalah dalam Dewan Rakyat tanpa ada perasaan malu diperhati rakyat.

Ada juga wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi tidak ada idea langsung dalam merancakkan pembangunan di kawasan sendiri tetapi bila bercakap di atas pentas, terus mendapat tepukan gemuruh kerana membuat pelbagai janji.

Sebab itu pembangunan di sesetengah tempat masih di takuk lama dan gerak kerja wakil rakyat tersebut terus dipertikaikan oleh masyarakat, termasuk kata-kata “buat kerja tidak sehebat mana tapi dapat wang amat banyak setiap bulan.”

Akhirnya, ada segelintir wakil rakyat tidak dipilih semula kerana kecuaian membawa pembangunan selepas menang bertanding dalam pilihan raya dan khidmatnya tidak lagi menarik perhatian pucuk pimpinan parti.

ABD. RAZAK OSMAN, Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya